Pengikut Blog Panglima

12 Julai 2013

Tsunami Cina : DAP Takut Mengakuinya Angkara Hasutan Mereka

DAP TAKUT TINDAK BALAS TSUNAMI CINA

Pembangkang terutamanya, Dap masih menolak teori Tsunami Cina yang menyebabkan jumlah kerusi Parlimen melonjak secara mendadak pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

Dap bermati-matian menolak andaian berlakunya Tsunami Cina dan sebaliknya menyatakan apa yang berlaku sebenarnya adalah Tsunami Malasia.

Jika diminta seorang budak sekolah darjah enam melihat statistik mudah yang menunjukkan peralihan besar undi Cina kepada Dap dan parti pembangkang, sudah tentu budak berusia 12 tahun itu akan dapat mengesan fenomena Tsunami Cina itu.

Dap gentar dikaitkan dengan pengkhianatan pengundi Cina terhadap Barisan Nasional kerana takut dilabelkan sebagai parti rasis.



Dalam usaha untuk mengaburi mata orang Melayu, imej sikap perkauman yang tebal tentu akan merosakkan strategi untuk merampas kuasa daripada tangan Melayu pada PRU14 kelak.

Oleh kerana itu Dap berusaha keras untuk meminimakan impak negatif Tsunami Cina dengan menafikannya.

Antara logik bodoh yang diberi pembangkang ialah pengundi Melayu juga beralih kepada pembangkang.

Dalam mana-mana pilihan raya di Malaysia, peralihan atau 'swing' undi Melayu sememangnya ada.

Umpamanya ketika Anwar Ibrahim dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada September 1998, Umno dan Barisan kehilangan beberapa kerusi sehingga pembangkang mampu merampas sejumlah 31 kerusi di Parlimen dalam PRU10 pada 1999.

Apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih jawatan Perdana Menteri dari Tun Dr Mahathir Mohamad pada Oktober 2003, BN mencapai kejayaaan paling besar dalam sejarah dengan merangkul 198 kerusi Parlimen sekaligus berjaya menumbangkan kerajaan negeri Pas di Terengganu.

Ini mencatat kejayaan paling besar BN sejak PRU pada tahun 1978.

Pada PRU 2008 pula faktor ketidakpuasan hati rakyat terhadap beberapa dasar kerajaan dan mainan politik pembangkang yang memburuk-buruk kerajaan berhubung persepsi rasuah menyebabkan BN kehilangan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat dengan 140kerusi sahaja.

PRU13 menyaksikan pembangkang terus meracuni fikiran rakyat terutamanya pengundi Cina sehingga menyebabkan BN kehilangan tujuh lagi kerusi Parlimen kepada 133.

Namun sokongan pengundi Melayu terhadap BN terus meningkat dan kukuh denga UMNO berjaya merampas kembali sembilan buah kawasan parlimen menjadikan jumlah sebanyak 88 kerusi, kurang satu kerusi daripada jumlah keseluruhan yang berjaya dimenangi oleh pakatan pembangkang iaitu 89.

Malan BN berjaya merampas kembali negeri Kedah dari tangan Pas serta mempertahankan Perak.

Ini membuktikan bahawa undi Melayu tidak banyak berubah kepada pembangkang malah terdapat peningkatan ketara.

Faktor yang menyebabkan BN kehilangan banyak kerusi ialah kekalahan teruk calon-calon MCA yang.

Parti itu bertanding 37 kerusi Parlimen tetapi hanya mampu meraih 7 kerusi sahaja manakala pada peringkat Dewan Undangan Negeri, ia mampu menang 11 kerusi sehingga dilabel sebagai parti 7-11!

MCA bertanding di kawasan campuran di mana majoritinya adalah pengundi Cina.

Di kawasan inilah penolakan pengundi Cina berlaku secara mutlak terhadap calon-calon Cina dari MCA.

Ini juga berlaku di semua kawasan-kawasan lain termasuk kawasan majoriti Melayu di mana boleh dikatakan kesemua pengundi Cina memberikan undi mereka kepada pembangkang.

Di kawasan di mana pengundi Cina sudah menolak bulat BN, calon BN tetap menang disebabkan sokongan Melayu masih utuh dan peralihan undi Melayu adalah kecil.

Jadi bagaimana Dap boleh mengatakan ia bukan Tsunami Cina?

Malah jika diteliti statistik keputusan PRU13 akan didapati tujuh calon MCA yang menang di dalam kawasan majoriti Melayu.

Manakala sebahagian besar calon MCA kalah adalah di kawasan yang majoritinya adalah Cina.
Ini kerana kaum Cina merasa mereka sudah cukup kuat pada PRU13 untuk menumbangkan kerajaan BN setelah mendapat keyakinan hasil janji-janji manis Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri.

Polarisasi kaum yang hebat berlaku kerana pengundi Cina telah dijanjikan melalui slogan DAP yang yakin membentuk "Rejim Baru" pada 6 Mei 2013 maka berlakulah penolakan secara total oleh pengundi Cina.
Catat Ulasan