Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

30 Ogos 2013

Email : Tahniah Menteri KDN @Zahid_Hamidi Berani Perangi Gangterisme Demi Rakyat !

Tahniah Zahid! Di atas Keberanian Gempur Kongsi Gelap

Rungutan mengenai peningkatan jenayah telah lama kita dengar iaitu sebelum terhapusnya Akta EO dan ISA lagi. Kes-kes ragut terjadi hampir setiap hari di mana ia pantas dijadikan modal politik untuk pembangkang menyerang kerajaan dan memburuk-burukkan pihak polis.

Dari situ, pembangkang membina persepsi seolah-olah polis Malaysia lembab, korup dan bodoh. Pantang ada kesempatan, pembangkang pasti akan mempolitikkan kes-kes jenayah.

Namun, pelik sekali apabila dalam kita merasa bimbang akibat kes jenayah yang meningkat, pembangkang turut mendesak agar Akta-akta tertentu yang digunakan untuk membendung jenayah dihapuskan. Dengan desakan berterusan, pembangkang akhirnya mendapat apa yang mereka idamkan iaitu lebih 2000 tahanan Simpang Renggam dibebaskan apabila Akta pencegahan dihapuskan.

Hampir dalam kadar segera iaitu sejurus mereka ini dibebaskan, jenayah bunuh yang melibatkan bekas tahanan tersebut pun berlaku. Sejak dari itu, jenayah bunuh, sama ada menggunakan senjata tajam atau tembak terus berlaku adakalanya hampir setiap hari. Apa yang menarik ialah, mereka yang berjaya ditangkap, hampir semuanya mempunyai hubungkait dengan bekas penjenayah yang dibebaskan.

Dari kronologi ini, tidak salahlah jika rakyat menyalahkan pembangkang kerana mendesak kepada keburukan dan bukannya kebaikan untuk masyarakat

Bagi memulihkan keadaan, pihak polis telah bertindak tegas memburu dan membawa penjenayah terbabit ke muka pengadilan. Malangnya, tindakan tegas polis bukan sahaja tidak dihargai pembangkang tetapi dipersoalkan pula.

Nampaknya, pembangkang lebih berminat untuk membela penjenayah atas alasan hak asasi manusia, berbanding memikirkan keselamatan rakyat.

Namun, kita bersyukur kerana Kementerian Dalam Negeri di bawah pimpinan Dato' Seri Zahid Hamidi tidak mudah melatah dengan mendengar cakap pembangkang sekali lagi. Beliau mengabaikan suara-suara jahat pembangkang untuk membela penjenayah dan mengarahkan gerak gempur terhadap semua kumpulan kongsi gelap yang ada.

Setakat ini, sebanyak 49 kumpulan kongsi telah didedahkan dengan anggaran 40,000 ahli.

Rakyat bernasib baik kerana mempunyai Menteri yang prihatin dan berani berbuat apa yang perlu tanpa mengambilkira sentimen politik. Sepatutnya, semua Menteri membawa pendekatan yang sama iaitu mengutamakan kerja daridapa politik.

Seharusnya, pembangkang mula memahami bahawa rakyat tidak gemar kepada penjahat, penjenayah, pembuat huru-hara dan pengkhianat. Dan rakyat tidak mungkin akan menyokong pihak yang menyokong apatah lagi yang menjadi dalang kepada mereka-mereka ini.

Kesimpulannya, rakyat mahukan lebih banyak Zahid Hamidi.Kiriman email

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Isteri Najib Yang Bebal Atau Pegawai Khasnya Yang Sengal

Bukan isterinya yang suka masuk campur tetapi pegawai khas beliau yang menggunakan beliau kerana pegawai khas tersebut lihat peluang untuk buat duit melalui senarai calon pru13.Pegawai khas ini juga mengumpul askar maya yang diketuai oleh pemilik portal utara, bloger no1 malaysia, bloger yang berpangkat datuk, bloger yang guna nama sendiri, bloger kaki terbang dan puluhan saudaramara bloger kari basi dan saudaramara bloger rohbani.
http://thebebalian.blogspot.com/2013/08/isteri-najib-yang-bebal-atau-pegawai.html

Cari Blog Ini

Translate