Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

30 Ogos 2013

Pemilihan UMNO : Teka-teki Tengku Razaleigh



Setiap kali menjelang pemilihan UMNO ramai yang 'mengintai' gerak langkah Tengku Razaleigh Hamzah.

Ini kerana beliau mempunyai rekod beberapa kali bertanding jawatan Presiden UMNO.

Beliau juga kini memegang rekod sebagai seorang Ketua UMNO Bahagian dan Ahli Parlimen yang paling lama sekali memegang jawatan.

Jadi kemana hala tuju veteran UMNO ini kali ini.

Pemilihan UMNO kali adalah terbuka dan tidak memerlukan sebarang pencalonan seperti masa lampau.

Ini bermakna beliau hanya perlu mendaftar diri untuk bertanding mana-mana jawatan bermula dari 7 September ini hingga 28 September.

Apapun satu teka teki terjawab.

Beliau umum keputusannya untuk tidak lagi bertanding pada pilihan raya umum (PRU) akan datang untuk beri laluan kepada pemimpin muda yang lebih layak

Katanya PRU13  merupakan pilihan raya terakhir baginya.

Beliau beritahu demikian kepada wartawan selepas bermesra dengan penduduk orang asli, di Kampung Lambok, di Gua Musang, Khamis.

Cuma beliau enggan ulas apakah akan bertanding tidak jawatan di barisan kepimpinan UMNO di pusat.

Tengku Razaleigh meminta semua orang menunggu jawapan itu pada tarikh akhir penamaan calon jawatan Majlis Tertinggi UMNO pada 28 September.

Katanya beliau akan umum pada tarikh berkenaan.-30/8/2013

http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/pemilihan-umno-teka-tekitengku-razaleigh.html




Sent from Samsung tablet

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate