Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

07 September 2013

Mat Sabu : Kenyataan Nik Aziz Tidak Merujuk Kepada Saya | AIDC

PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu tidak tergugat dengan sokongan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat supaya seorang ulama menjadi timbalan presiden parti dalam pemilihan parti akan datang.

"Anda perlu membaca keseluruhan konteks kenyataan beliau. Beliau bercakap secara umum dan tidak merujuk kepada saya atau sesiapa," kata Mohamad Sabu, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu kepada The Star Online ketika dihubungi.

Sebuah akhbar berbahasa Melayu pada Sabtu melaporkan bahawa sokongan Nik Aziz merupakan tambahan kepada pelapis kepada penyandang jawatan Presiden PAS iaitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang juga merupakan seorang ulama, untuk mengekalkan jawatannya.

Walaupun perkara mengenai pelapis itu dilihat tidak begitu baik untuk Mat Sabu yang bukan seorang ulama, namun Mat Sabu mempertahankan bahawa tidak timbul isu ulama atau bukan ulama dalam parti.

"Dalam PAS, semua orang adalah ulama. Ia sama ada anda mempunyai lebih banyak atau kurang pengetahuan dalam agama, itu sahaja," katanya.

Mat Sabu turut berkata, beliau percaya beliau dapat mempertahankan kedudukannya pada pemilihan parti pada November ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad percaya bahawa kenyataan Nik Aziz disalah tafsir daripada konteks itu.

"Jika anda membaca keseluruhan laporan, beliau turut menyebut bahawa sesiapa di dalam PAS adalah berkelayakan sebagai seorang ulama, hanya membezakan dari segi tahap pengetahuan agama mereka," katanya ketika dihubungi.

Di dalam laporan itu, Nik Aziz turut berkata, beliau mempunyai pilihannya sendiri untuk jawatan timbalan presiden parti tetapi menegaskan bahawa parti yang akan membuat keputusan mengenainya.

Kenyataan beliau itu selepas Yang Dipertua PAS Padang Serai, Fauzi Tahir bersedia untuk mencabar Hadi Awang bagi jawatan tertinggi parti itu – mstar


http://www.anwaraidc.com/?p=38665


Panglima :

Taraf ulama sangat tinggi. Jangan kerana seorang yang menjadi pemimpin parti guna nama Islam belum tentu menjadi ulama.

Samada Nik Aziz sendiri beliau hanya lulusan Bahasa Arab dan dengan segala kata-kata yang pernah keluar sebelum ini yang membawa kepada menghina Nabi dengan mengaitkan baginda kronisme dalam kes Ir Arif Fahmi termasuk mengatakan Allah mencarut maka beliau juga tidak layak dianggap sebagai ulama.

Fikirkan dan kajilah agar kita tidak terpedaya dengan apa yang cuba digambar dalam media massa dan media maya pembangkang.



Sent from my iPhone

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Patutlah yg kaki maki dan mencarut di panggil USTADZ!! Alahai PAS!

anoymous berkata...

Nik Aziz juga pernah mengatakan bahawa nabi Muhamad SAW adalah sama dengan mat2 kampung pada ketika itu dan dbantah oleh ustaz Kazim...

Cari Blog Ini

Translate