Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

08 November 2013

Ahli Parlimen PKR Dakwa Kaum Ansar Kafir - Wajib Bertaubat dan Mohon Maaf | MYKMU

Dalam sidang Parlimen semalam seorang ahli Parlimen yang menggunakan kisah penghijrahan Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah dalam perbahasannya dalam sidang Dewan Rakyat telah memberi fakta palsu berhubung dengan sejarah Islam dengan menyatakan golongan Ansar Madinah sebagai orang kafir.

Datuk Fauzi Abdul Rahman (PKR-Indera Mahkota) pada akhir perbahasannya, mungkin mahu menghalalkan hubungan luar biasa Pas dan DAP, menyatakan bahawa usaha Rasulullah SAW menyatukan antara golongan Ansar dan Muhajirin dalam peristiwa peristiwa Hijrah merupakan usaha menyatukan orang Islam dengan bukan Islam.

Berikut sedutan perbahasan beliau ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2014.

"Bahawasanya kita dengan mengambil semangat Maal Hijrah, saya bermula dengan Maal Hijrah dan menggulung dengan Maal Hijrah. Tiga perkara yang dilakukan oleh Rasulullah apabila berhijrah dari Mekah ke Madinah. Pertama, dia menyatukan golongan Ansar dan Muhajirin.

"Dia menyatukan….dia tidak menyatukan Melayu dengan Melayu. Dia tidak menyatukan Islam dengan Islam. Dia menyatukan Islam dengan bukan Islam.

"Dalam erti kata lain dengan semangat Maal Hijrah, perpaduan rakyat bukan perpaduan Melayu, bukan perpaduan Orang Asli, bukan perpaduan Cina. Perpaduan rakyat Malaysia harus menjadi keutamaan dalam gerakan kerajaan kita yang ada pada hari ini."

Fakta ini merupakan kesalahan yang serius kerana dalam sejarah Islam, golongan Ansar merujuk kepada penduduk Madinah yang telah memeluk Islam dan menerima kehadiran orang Islam dari Mekah yang dikenali sebagai golongan muhajirin. Ini jelas dinyataka di dalam Sirah Rasululullah dan juga al -Quran.

Dan orang-orang (Ansaar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan sangat-sangat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.

- Surah : AL-HASYR,ayat : 9

Tindakan Fauzi yang merupakan seorang Ahli Parlimen Islam memutarbelitkan fakta sejarah Islam dalam Dewan yang mulia demi kepentingan politik DAP sangat memalukan. Fauzi harus bertaubat dan memohon maaf kepada seluruh orang Islam atas pembohongan ini.

Artikel sepenuhnya : http://www.mykmu.net/?p=36691

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate