Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

23 November 2013

Keputusan Penuh Pemilihan PAS 2013 - Kemenangan Mat Sabu Bukti Nasihat Mursyidul Am PAS Sudah Tidak Laku!!!


Sebentar tadi Panglima menerima keputusan penuh pemilihan PAS 2013 dari rakan melalui whatsapp.

Keputusan Pemilihan PAS Pusat Sesi 2011-2015

PRESIDEN
YB Dato' Seri Abdul Hadi Awang

TIMBALAN PRESIDEN
Mohamad Sabu

NAIB PRESIDEN
-

AHLI JAWATAN KUASA

1. Idris Ahmad, Ustaz 
2. Mazlan Aliman, Haji 
3. Mohd Nizar Jamaluddin, Dato' Seri Ir. 
4. Amiruddin Hamzah, YB Dato' Ir. 
5. Mohd Hatta Ramli, YB Dr. 
6. Nasrudin Hassan, YB Ustaz 
7. Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, YB Ustaz 
8. Mujahid Yusof Rawa, YB Datuk Dr
9. Dzulkefly Ahmad, Dr
10. Mohamed hanipa Maidin, YB Hj
11. Kamaruddin Jaafar, YB Dato'
12. Khalid Abd samad, YB Hj
13. Nik Zawawi Salleh, Ustaz
14. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, YB Dr.
15. Riduan Mohd Nor, Dr.
16. Mahfodz Mohamed, Dato' Dr.
17. Siti Mariah Mahmud, YB.Dr.
18. Nuridah Salleh, Ustazah

Keputusan bagi jawatan Naib Presiden hanya akan diumumkan esok pagi.

Sebelum ini saya telah siarkan pandangan penganalisa politik Datuk Faris Halim yang disiarkan di sini:


Beliau menulis tajuk : wajib menangkan Mat Sabu! Yang mengandungi sindiran sinis kepada demokrasi di dalam PAS!

Sekaligus menjadikan penyokong PAS akan terbelit dengan pandangan sinis beliau yang mengetuk minda mereka yang tidak sedar bahawa ramai barisan calon yang bertanding pada pemilihan PAS kali ini datangnya dari kem Anwarinas yang menolak perpaduan Umno Pas.

Kemenangan Mat Sabu juga membuktikan bahawa perkataan Nik Aziz Nik Mat sebagai Mursyidul Am PAS yang meminta golongan agama dipilih sebagai Timbalan Presiden PAS juga gagal dipatuhi.

Benarlah orang berkata bahawa bila kita sudah tiada kuasa maka manusia tidak akan menghormati lagi apa jua kata kita bicara. Mereka akan mendengar tanpa sebarang kehendak di hati untuk melaksanakannya.

Pemilihan yang menyaksikan Mat Sabu kekal sebagai timbalan juga menjadikan kita melihat bagaimana kuatnya cengkaman DAP di dalam PAS apabila Mat Sabu yang dibiaya Kerajaan DAP Pulau Pinang dengan gaji sangat lumayan menang dengan bergaya kali ini.

Maka apakah akan ada lagi harapan boleh disandarkan kepada PAS hari ini selepas sekian banyak pencabulan terhadap Islam didiamkan sahaja tanpa aksi kental para pemuda dan pemimpinnya?

Cukuplah dan mari pertahan dan pertingkatkan Umno yang sudah dan akan terus pertahan islam mengikut acuan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Inilah yang kami lakukan dan kepada Allah kita mohon perlindungan dan bantuan.

Wassalam.

Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate