Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

24 November 2013

Salahuddin, Tuan Ibrahim, Husam menang jawatan VP - @Malaysiakini

  • Salahuddin, Tuan Ibrahim, Husam menang jawatan VP
  • 10:55AM Nov 24 2013

  • Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, dan dua penyandang naib presiden Salahuddin Ayub dan Datuk Husam Musa diumumkan pemenang bagi jawatan nombor tiga parti Islam itu pada muktamar tahunan ke-59 hari ini.

    Salahuddin mendapat undi paling banyak, 917 undi diikuti Tuan Ibrahim yang mendapat 849 undi, manakala Husam di tempat ketiga dengan 520 undi.

    Dua lagi calon - ahli parlimen Pokok Sena yang juga penyandang Datuk Mahfuz Omar dan Datuk Abu Bakar Chik tewas dalam pertandingan itu.

    Keputusan jawatan naib presiden, yang sepatutnya diumumkan semalam, ditangguhkan selepas persetujuan kelima-lima wakil calon untuk mengadakan pengiraan semula kerana masing-masing mendapat jumlah undi yang sangat jumlah undi yang "sangat rapat".


    Keputusan berkenaan diumumkan oleh pengerusi pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat, Asmuni Awi pada kira-kira jam 10.50 pagi ini.



Panglima : nampaknya undi Husam semakin menjunam turun. Beza 329 undi berbanding VP no 2. Ahli PAS semakin cerdik melihat siapa yang wajar diletakkan di hadapan dengan undian paling atas.

Ahli PAS mahu suara menegakkan islam diperkuatkan. Mereka sudah lemas ditelan lautan hujjah pro kerajaan disokong golongan atas pagar yang nampak kecelaruan kepimpinan PAS hari ini di bawah haji Hadi.

Husam dilihat pro Anwar dan Nik Aziz yang menjadi batu  penghalang kerajaan perpaduan. Kerana itu Husam sudah dihukum dengan keputusan paling rendah antara tiga naib Presiden.

Mereka tidak mahu korupsi terus berleluasa dan 'al Juburi' disokong hingga menjejaskan nama baik PAS hingga dilihat begitu dayus dalam soal agama berkaitan Pakatan Rakyat.

Sent from my iPhone

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

329 undi perbezaan? Rapat sungguh!

Panglima Perang Cyber berkata...

Semalam rapat. Mungkin tu punca ada tak puas hati

Cari Blog Ini

Translate