Meskipun dah lama dicetak sejak 2012 namun tidak salah ia diulang promosi kerana mungkin ramai masih belum tahu.
Ia juga kerana Panglima baru sahaja menyedari kewujudan buku ini semasa membuat carian tentang isu Syiah wahabi liberal untuk ceramah kepada sekumpulan peserta Rabu depan.
Buku ust Zamihan memang selalu dibeli oleh Panglima kerana hujahnya yang kukuh berdasarkan kitab ulama muktabar. Seperti buku sifat solat Nabi yang dihasilkan oleh beliau.
Harap buku yang menjurus kepada penyelewengan akidah wahabi ini dapat menjadi bahan yang jelas kepada orang awam agar mereka tidak keliru dalam bab agama.
Isu Wahabi bukan sekadar isu Fekah bahkan meliputi isu akidah berdasarkan kupasan dalam buku ini.
Ia sudah lama disedari oleh Panglima sendiri yang sejak kecil didedahkan dengan berbagai kitab dan buku tentang fahaman ini. Dan berterusan mengkajinya hingga kini.
Harap JAKIM dapat memasukkan fahaman wahabi dalam senarai yang sesat.
Jika tidak mungkin kerana ada orang terpengaruh dengan fahaman wahabi dalam JAKIM yang berkuasa dan berpengaruh yang tidak mahu fahaman ini disesatkan!
Berikut keterangan buku tersebut :
Muka Hadapan.
Bahagian Belakang.
Alhamdulillah, dengan izin Allah swt, akhirnya buku terbaru Al-Faqir Ustaz Zamihan al-Ghari dapat diterbitkan bagi menegakkan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar daripada diselewengkan oleh fahaman Wahhabiy yang semakin menjadi barah yang dilihat semakin membahayakan Aqidah umat Islam.
Buku ini ditahqiq oleh tokoh-tokoh ulama terkemukan yang faqeh lagi 'alim seperti Tuan Guru Dato' Hj Mohd Salleh Hj. Ahmad, Prof Madya Dr Abdul Aziz Hanafi dan Ustaz Raja Ahmad mukhlis Raja Jamaluddin. Semoga dengan terbitnya buku "Penyelewengan Fahaman Tajsim Wahhabiy" ini, akan mengukuhkan lagi pegangan Aqidah umat Islam di Negara ini.
Sent from my iPhone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan