Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

03 Disember 2013

Inikah SOP Polis @PDRMsia Tangkap Penjenayah Yang Pembangkang Pakatan @anwaribrahim @limkitsiang Mahukan ???

Baca dan berikan pandangan anda :

SOP Yg Disediakan Ahli Politik Untuk Polis Dalam Menangkap Penjenayah – Versi 3D

Menangkap penjenayah hendak dilakukan dengan sopan santun, serta mengekalkan budi-bahasa kita sebagai anggota Polis, sekali-gus sebagai rakyat Malaysia.

1. Sebelum memasukki mana2 premis bagi melakukan tangkapan, hendaklah didahului dengan assalamualaikum (bagi penjenayah berbangsa Islam) dan ucapan Selamat Pagi, Petang atau Malam bagi menangkap penjenayah2 bukan Islam.

2. Selepas bagi salam, hendaklah di ikuti dgn menjual beberapa rangkap pantun (sesuai dgn cadangan IGP kita itu), sebagai kata2 aluan. Gunakan pantun 4 kerat, kalau bolih digalakkan pakai pantun 6 kerat, atau sekurang2nya pantun dua kerat, kerana kalau tak berpantun, takut kita yang kena kerat.

3. Dilarang menembak walau dalam apa keadaan sekali pun, utk mengelakkan sebarang kematian, kerana nyawa penjenayah2 itu memang amat berhagra bagi sesetengah ahli2 politik kita.

4. Sekiranya penjenayah melepaskan tembakan, kita hanya dibenarkan mengelak peluru tersebut macam aksi Wong Fei Hong, atau pun menangkap peluru itu, sama seperti yg dilakukan Sivaji The Bos dalam aksi2 filem2 Tamil itu.

5. Sekiranya keadaan mendesak, kita hanya dibenarkan 'mengfire' penjenayah2 tersebut, itu pun pada kadar voltan yg rendah …. (ala2 lampu ultaman yg dah lip lap lip lap itu), utk mengelakkan kematian dipihak penjenayah.

6. Sekiranya mampu, kita juga digalakkan menggunakan pukau terhadap penjenayah (ala2 amalan gang Tuhan Harun itu), dengan harapan penjenayah akan menyerahkan senjatapi mereka selepas pukau dilakukan.

7. Sesuai dengan nasihat salah seorang ahli politik yg berstatus Presiden Parti dinegara kita ini … kita juga dinasihatkan supaya belajar silat, tak kiralah silat apa sekalipun, termasuk silat pulut.

8. Arahan2 ini perlu dipatuhi, kerana menurut sesetengah ahli2 politik dinegara kita ini, penjenayah2 tersebut belum tentu bersalah … walau pun mereka mempunyai senjatapi, kerana mungkin saja senjatapi itu sengaja digunakan olih penjenayah2 sebagai accessories tambahan sahaja.

9. Lagi satu, arahan supaya tidak menembak penjenayah2 ini juga perlu dipatuhi, kerana dikhuatiri kalau2 penjenayah2 ini saudara mara ahli2 politik tersebut, atau pun ada kabel dgn mereka.

10. Akhir sekali, kejayaan sesuatu operasiitu bergantung kuat pada sejauh mana kita dapat mematuhi SOP ini, dan eloklah SOP ini kita namakan 'Silat Orang Polis' kerana keunikannya.

Desyummmm!!!!
"Berkhidmat Untuk Ahli2 Politik"


Shared from Google Keep

Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate