Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

03 Disember 2013

Dr. M puji langkah UMNO lantik personaliti luar seperti Ust Kazim Elias cc Presiden @NajibRazak

Panglima setuju bahawa langkah ini boleh menguatkan Umno. Menarik tokoh luar pasti menjadikan Umno lebih terbuka kepada sesiapa sahaja.

Harap ahli-ahli akan gembira dengan langkah transformasi yang dilakukan oleh Presiden parti YAB DS Najib bin Tun Ab Razak ini.

TUN Dr. Mahathir Mohamad menerima kunjungan Ketua Biro Politik Hamas, Khaled Meshaal (dua kanan) dan perwakilan selepas Forum Antarabangsa Umno sempena Perhimpunan Agung UMNO 2013 di PWTC di Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN

KUALA LUMPUR 2 Dis. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memuji tindakan UMNO melantik beberapa personaliti untuk menganggotai Majlis Tertinggi (MT) parti, satu pembaharuan inklusif demi kebaikan parti.

Beliau berkata keterbukaan UMNO untuk melibatkan orang luar iaitu mereka yang bukan anggota UMNO, merupakan satu langkah baik untuk membawa perubahan dalam parti.

"Banyak peningkatan yang dibuat oleh UMNO (sekarang) dan ia berbeza dari sebelum dan selepas pilihan raya umum ke-13.

"Mereka(UMNO) membawa masuk beberapa personaliti yang bukan anggota Umno untuk menganggotai Majlis Tertinggi. Itu langkah yang sangat baik," katanya kepada pemberita selepas jamuan tengah hari Forum Antarabangsa UMNO 2013, di sini hari ini.

Terdahulu, bekas Presiden UMNO itu menyampaikan ucapan dalam jamuan tengah hari forum dua hari yang diadakan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2013.

Pada Jumaat lepas, UMNO mengumumkan pelantikan sembilan anggota MT, antaranya pendakwah terkenal Ustaz Mohammad Kazim Elias dan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah (Yadim) Dr Asyraf Wajdi Dusuki. - UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20131202/po_15/Dr.-M-puji-langkah-UMNO-lantik-personaliti-luar#ixzz2mMekN800 
© Utusan Melayu (M) Bhd 




Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate