Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

31 Disember 2013

Guling: Poster jatuhkan kerajaan ditampal di sekitar KL ( Utusan Melayu )

Panglima : mungkin ada yang akan mengatakan bahawa ini dilakukan pihak lain bukan Pakatan Rakyat. Namun tindakan mereka sebelum ini semasa Bersih 1, 2,3 jelas  unsur menggugat keamanan dan mahu meruntuhkan Kerajaan dilihat dalam tindakan mereka.

Anak muda yang menyokong mereka juga selalu memperjuangkan kerajaan tanpa raja atau Republik dan inilah elemen komunis yang sangat bahaya kepada negara kita. Google Fahmi Redza (rejimen 10) dan Hishammuddin Rais untuk maklumat selanjutnya.

Raja adalah ketua negara dan usaha ini dikira subversif seperti kenyataan Menteri Dalam Negeri dan boleh membahayakan keamanan dan menjejaskan ekonomi keseluruhannya.


Guling: Poster jatuhkan kerajaan ditampal di sekitar KL

POSTER mengandungi perkataan Republik Jatuhkan Kerajaan yang berunsur mahu menggulingkan kerajaan dikesan ditampal di beberapa lokasi di Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR 31 Dis. - Penampalan beberapa pelekat dengan kata-kata berunsur mahu menggulingkan kerajaan dikesan di sekitar ibu kota petang ini.

Pelekat yang tertera tulisan Republik Jatuhkan Kerajaan itu memuatkan lukisan beberapa individu memegang bendera Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas.

Antara lokasi penampalan pelekat itu adalah di bangunan-bangunan sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Raja Laut di sini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131231/dn_43/Guling-Poster-jatuhkan-kerajaan-ditampal-di-sekitar-KL#ixzz2p3yu25w9 
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate