Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

08 Disember 2013

Skuad Ops Cantas Khas Wanita Tamat Kursus

IPOH - Seramai 13 anggota polis wanita termasuk tiga pegawai telah menamatkan kursus Ops Cantas Khas Wanita Kontinjen Selangor yang diadakan selama lapan hari bermula 1 Dis lepas, di Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am, Ulu Kinta, di sini.

Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata sepanjang kursus, peserta didedahkan dengan pelbagai taktik dan kemahiran untuk berdepan dengan penjenayah.

"Kita tahu tugas anggota barisan hadapan mempunyai risiko tinggi untuk berdepan dengan penjenayah, oleh itu segala ilmu yang dipelajari hendaklah dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya," katanya ketika berucap pada majlis penutup Kursus Ops Cantas Khas Wanita Kontinjen Selangor, hari ini.

Katanya objektif kursus berkenaan adalah untuk mengurangkan jenayah indeks di Selangor khususnya di daerah-daerah yang bermasalah.

Beliau yakin pendedahan pelbagai teknik dan latihan membolehkan peserta menggunakan kemahiran mereka menumpaskan pelbagai bentuk sindiket serta jenayah yang kian berleluasa.

"Kita ingin melengkapkan pasukan ini kepada seramai 40 orang dengan mengenal pasti pegawai dan anggota polis untuk menjalani latihan seumpama ini," katanya.

"Saya juga berhasrat untuk memperbanyakkan kursus seperti ini kepada pegawai dan anggota polis wanita yang lain pada masa akan datang," katanya.

Mohd Shukri berkata kemampuan polis wanita sebenarnya setanding dengan polis lelaki walaupun masyarakat sering beranggapan anggota lelaki lebih pantas dan tangkas.

"Dalam pasukan polis, tiada perbezaan antara lelaki dan wanita ketika menjalankan tugas, terutama bila berdepan dengan penjenayah," katanya. - Bernama

http://www.sinarharian.com.my/mobile/semasa/13-anggota-tamat-kursus-ops-cantas-khas-wanita-1.228651


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate