Pemecatan Azmin : Tidak Layak Atau Wujud Konspirasi Terancang
Laporan penyingkiran Timbalan Presiden PKR, Azmin Alisebagai ahli Lembaga Pengarah Perbadanan KemajuanNegeri Selangor (PKNS) menjadi antara topik hangat yangdiperkatakan ketika ini. Ada yang mengatakan keretakanhubungan antara Azmin dengan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim adalah merupakan punca kepadapemecatan itu.
Malah tidak kurang juga yang mengatakan, ia adalahmerupakan antara usaha Khalid untuk memastikanpengaruh politik Azmin dapat dikurangkan. Azmin ketika dihubungi bagi mendapatkan kepastian berhubungperkara itu, mengesahkan telah pun menerima suratmengenainya.
Walau bagaimanapun dia enggan mengulas lanjutmengenai perkara itu, sebaliknya menyatakan akanmembuat pengumuman mengenainya pada mesyuaratlembaga pengarah PKNS yang akan dipengerusikan olehKhalid, 20 Januari ini.
Polemik perebutan kuasa antara Azmin dan Khalidbukanlah perkara yang asing khususnya di kalanganpenyokong kedua-dua belah pihak. Malah Azmin sebelumini dilaporkan sering mengkritik pentadbiran MenteriBesar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melibatkan beberapaisu tertentu.
Kali terakhir Azmin mengkritik pentadbiran Abdul Khalidialah pada 28 November lalu apabila beliau menyelarkeputusan kerajaan negeri menaikkan gaji dan elaunanggota pentadbiran Selangor antara 80 hingga 373peratus berkuat kuasa Januari 2014, selainmenganggapnya itu terlalu tinggi dan perlu ditangguhkan.
Malah, sebelum itu, Azmin yang juga Pengerusi KelabPenyokong Kerajaan (BBC) Negeri Selangor dilaporkanbertindak melalui kelab itu mengemukakan memorandumkepada Abdul Khalid ekoran tidak berpuas hati denganpengurangan peruntukan pembangunan oleh kerajaannegeri pada 7 Oktober lalu.
Bagaimanapun, difahamkan pergeseran antara Azmin danAbdul Khalid telah bermula sejak 2010 lagi apabilaTimbalan Presiden PKR itu mengambil alih jawatanPengerusi PKR Selangor daripada Abdul Khalid.
Di kalangan penyokong Azmin, mereka merasakanMenteri Besar Selangor itu dilihat sebagai lemah dan tidaklayak untuk menerajui kerajaan negeri. Manakala di pihakKhalid pula, mereka melihat Azmin sebagai pengacaukerana cuba memonopoli kepimpinan PKR.
Mungkin disebabkan faktor itu juga, Khalid baru-baru iniada membayangkan akan turut bertanding merebutjawatan Timbalan Presiden parti itu dalam pemilihan PKR Mei ini. Sekiranya tiada calon lain yang berminat untukmenawarkan diri, pertandingan itu bakal menjadi medanpenentu bagi mengukur kekuatan antara mereka.
Walaupun ada yang mengatakan Azmin tidak akanberdepan dengan sebarang masalah untuk kekal sebagaiTimbalan Presiden, namun faktor sokongan Wan Azizahtidak boleh dipandang ringan. Ini kerana Wan Azizah jugamempunyai ramai penyokong setia yang jelas tidakberkenan dengan watak dan peribadi Azmin.
Malah ketika PKR berdepan dengan kemelut untukmelantik Menteri Besar Selangor, 'suara' Azizah ternyataberjaya untuk menyingkirkan Azmin. Walaupun menurutsumber, Anwar sebelum ini telah bersetuju dan berjanjiuntuk melantik 'anak emasnya' itu bagi menggantikanKhalid.
Persoalannya apakah pemecatan ini disebabkan Azminmemang tidak layak atau sememangnya wujud campurtangan pihak tertentu untuk menyingkirkannya?
Sent from my iPhone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan