Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

13 Januari 2014

UMNO Online - Pemuda UMNO Anjur Malam Cinta Rasul Di Masjid Kg Baru Malam Ini cc @RazlanRafii @Khairykj

Panglima : tahniah atas penganjuran program seumpaman ini. 



Pemuda UMNO Anjur Malam Cinta Rasul Di Masjid Kg Baru Malam Ini

KUALA LUMPUR, 13 Jan – Sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini, satu program Malam Cinta Rasul akan dianjurkan oleh Masjid Kampung Baru anjuran bersama Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa.

Program itu akan diadakan di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur dan dijangka disertai kira-kira 2,000 umat Islam.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd. Razlan Mohammad Rafii berkata, program itu akan bermula pada pukul 7 malam dengan persembahan Qasidah oleh Al Yamani.

Kemudiannya ia akan disusuli dengan sembahyang magrib diikuti dengan bacaan ayat-ayat suci al Quran oleh johan qari Musabaqah Membaca al-Quran Peringkat Antarabangsa, Amirahman Abas.

"Selepas itu para jemputan yang hadir akan bersembahyang isyak yang kemudiannya diikuti oleh persembahan qasidah dan ceramah oleh bekas Mufti Johor, Datuk Noh Gadut.

Menurut Mohamad Razlan, matlamat program itu adalah untuk menyemarakkan aktiviti sambutan Maulidur Rasul terutama di kalangan generasi muda warga kota.

"Kita bukan sekadar mahu meraikan hari kelahiran Rasullullah SAW semata-mata, tetapi sambutan ini juga diharapkan dapat mengumpul golongan muda terutamanya supaya dapat diperdengarkan kepada mereka kisah-kisah Rasulullah yang mungkin ada yang sudah semakin lupa," ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputih.

Sehubungan itu beliau menyeru warga kota untuk sama-sama memenuhi Masjid Kampung Baru pada Isnin ini untuk menyatakan rasa kecintaan dan sayang kepada Rasulullah di samping bersama-sama memperbaharui tekad dan semangat untuk mempertingkat amalan serta terus memperkasa Islam.

Menurut Mohamad Razlan, sambutan yang bertemakan Husnul Khotimah: Allah dan Rasul Di Sisiku itu, juga diharapkan dapat menjadi platform untuk mewujudkan kesatuan dalam kalangan umat Islam yang kini dilihat semakin terjejas. -MediaUMNO




Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate