Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

19 Februari 2014

ASWAJA, Perkasa dan PAS kecam kenyataan Kassim Ahmad | Astro Awani


KUALA LUMPUR: Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia (ASWAJA), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan PAS mengecam kenyataan yang dikeluarkan oleh intelektual Melayu Dr Kassim Ahmad dalam satu seminar yang diadakan di Putrajaya pada Ahad.

Presiden ASWAJA, Zamihan Mat Zin berkata, kenyataan Kassim berhubung pendewaan terhadap Nabi Muhammad, ingin mentafsirkan semula al-Quran dan mengkritik "kasta paderi" dalam Islam boleh mendorong kepada kemurtadan.

"Semua kenyataan ini menjadikan beliau (murtad) terkeluar dari Islam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan-kenyataan Kassim itu tegas Zamihan, merendahkan martabat Nabi Muhammad, tidak masuk akal dan biadab.

Zamihan turut menggesa pihak berkuasa agama menyiasat kenyataan itu supaya ia tidak meresahkan umat Islam negara ini.

"Pihak ASWAJA bersedia untuk bermuzakarah dengan beliau berkaitan isu-isu kontroversi yang dicetuskannya pada bila-bila masa sahaja.

"Tindakan ini bertujuan supaya Kassim sedar kesilapannya dan kembali ke jalan yang benar," kata beliau.

Kassim dilaporkan antaranya mengkritik "kasta paderi" yang dipanggil ulama, pendewaan terhadap Nabi Muhammad dan berkata rambut bukan aurat wanita.

Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Satu Penilaian turut dihadiri oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sementara itu, Perkasa mendesak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) agar mengambil tindakan terhadap Kassim.

Presiden Perkasa, datuk Ibrahim Ali menegaskan kenyataan yang dibuat Kassim itu sangat serius dan boleh menggelirukan umat Islam di Malaysia.

"Memang jika benar Kasim berkata demikian, ia satu keceluparan yang dahsyat, wajar di ambil tindakan kerana ia menghina Islam (menghina Allah), mencabar Majlis Raja-Raja Melayu serta kesannya boleh mengelirukan kefahaman terhadap Islam," katanya dalam satu kenyataan petang ini.

Manakala PAS juga turut mendesak supaya Kassim diambil tindakan undang-undang kerana ia merupakan satu kesalahan serius.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar, kenyataan yang dibuat Kasim itu bukan hanya mencabul dan mencabar Majlis Raja-Raja Melayu tetapi turut menghina masyarakat Islam secara keseluruhan.


Sent from my iPhone

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bgmnkah boleh menerima Al Quran tp menolak Hadis ? Sungguh menghairankan !
Ulama pula hanya memberi penjelasan, tidak sekali kali mendahului Allah swt atau Rasullullah saw dlm menetapkan sesuatu hukum. Jika ada ilmuan yg sedemikian mk jelas dia telah terseleweng.
Golongan yg menolak Hadis dan menolak pandangan ulama' secara pukal jelas ta'ajub dan rasa hebat dgn keilmuan dan fikiran sendiri. Golongan sebegini siapakah yg mampu menasihati. Hanyalah Allah swt yg dapat membuka pintu hatinya. Moga berkesempatan.

Tanpa Nama berkata...

"... dan org org yg beriman itu, bersangatan kecintaannya kpa Allah (swt),..." 2:165.
"Katakanlah ; jika kamu mencintai Allah (swt) mk ikutilah aku, nescaya Allah (swt) mengasihi kamu dan mengampuni dosa dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah (swt) Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." 3:31.
Bgmn mengikuti Nabi saw jika menolak Hadis.

Tanpa Nama berkata...

Siapa lah yang keliru sebenarnya.
Kassim Ahmad tidak memaksa sesiapapun menerima pendapat beliau. Beliau cuma meluahkan interpretasi nya sendiri . Ulama dulu dulu pun manusia juga kalau kita kata Kassim silap tak kan orang dulu dulu tak buat silap. Kita timbangkanlah ambil mana yang baik . Tak kan lah kita ikut membuta tuli saja . Allah kurniakan otak kepada kita untuk berfikir. Janji hati ikhlas. Jangan asyik nak menghukum. Orang nanti meluat kat kita.

Tanpa Nama berkata...

Nik Aziz kata tuhan mencarut......mereka yg tak sokong PAS tu kafir.......bagaimana pulak?
Kalau Nik Aziz bolih .........kenapa Kassim Ahmad tak bolih.

Cari Blog Ini

Translate