Sebelum PRU-13, Anwar ada membuat kenyataan bahawabeliau akan bersara dari politik sekiranya tidak berjayamerampas Putrajaya. Kononnya beliau telah ditawarkan jawatanPensyarah di Perancis walaupun kelayakannya hanyalah IjazahPengajian Melayu tahap cukup makan. Kenyataan tersebutsedikit sebanyak memperlihatkan perwatakan pemimpin yangmatang yang tahu bila masanya untuk berhenti.
Namun, rakyat Malaysia lebih mengenali siapa Anwar iaitubeliau adalah seorang penipu tersohor. Hampir tiada satukenyataan pun yang keluar dari mulutnya yang bolehdipercayai.
Justeru kita tidak hairan apabila Anwar kalah dalam PRU-13,beliau tidak mengotakan kata-katanya untuk bersara, sebaliknyacuba merampas kuasa melalui jalanraya kerana terlalukempunan untuk menjadi Perdana Menteri. Beberapa siridemonstrasi diadakan termasuk mengerahkan penyokongnyaberguling di dalam jerebu untuk tujuan itu. KesudahannyaAnwar terpaksa juga mengangkat sumpah sebagai KetuaPembangkang, dan bukannya Perdana Menteri.
Hari ini, Anwar tidak lagi bercakap tentang persaraan tetapibeliau ingin menjadi Menteri Besar pula. Katanya, beliau inginmembuktikan kepimpinannya melalui Selangor yang merupakannegeri paling kaya di Malaysia. Kononnya, dengan cara inilahmaka beliau dapat mempertontonkan kepada rakyat 'carapemerintahannya' yang jauh lebih baik dan lebih telus dari BN.
Bagi mencapai matlamat ini, Anwar telah membazirkan jutaanwang rakyat untuk mengadakan Pilihanraya Kecil diKajang. Anwar juga perlu menyingkirkan Khalid Ibrahim. Sebelum itu, 23 kakitangan PKNS yang tidak bersalahtelah terlebih dahulu menjadi mangsa penyingkiran dalamkemelut politik PKR ini, apabila mereka dibuang kerja tanpasebab bagi membolehkan pemimpin atasan parti menjalankanagenda masing-masing.
Pun begitu, pada mulanya, apabila ditanya mengenai jawatanMB, Anwar tetap memilih untuk berbohong kononnya beliautidak menginginkannya.
Bagaimanapun, dalam wawancara yang dikendalikan wartawanBFM dan The Edge yang disiarkan media rasmi kerajaan negeriSelangorkini pada 31 Januari lalu, Khalid berkata "SebenarnyaAnwar melihat melangkaui jawatan MB. Di penghujung cerita,matlamat ialah peringkat Persekutuan dengan menjadikanSelangor sebagai batu loncatan."
Anwar kemudiannya mengaku mempunyai perancangan untukmenjadi MB dalam wawancara dengan Australia NetworkNewsline baru-baru ini.
Kemudiannya, dalam wawancara dengan sebuah portal, Ant Daily, yang dipetik oleh Antarapos semalam, Anwarmenyatakan bahawa beliau sedang menimbang untuk'bertanding' jawatan Presiden PKR dalam pemilihan parti itu taklama lagi.
Alasan Anwar, Wan Azizah sudah lama ingin bersara danbahawa jawatan Ketua Umum yang disandangnya hanya'dicipta' untuk beliau, yang pada ketika dipenjara. Dalam kata lain, Wan Azizah sejak dari awal lagi hanya dilantik menjadiPresiden atas dasar 'sementara' iaitu sehingga Anwardibebaskan dan layak mengambil-alih jawatan itu darinya.
Nampaknya, Anwar bukan sahaja tidak jadi bersara, tetapi inginmenjadi MB, kemudian Presiden parti dan pastinya matlamatutamanya tetap jawatan Perdana Menteri. Benarlah kata sahabatAnwar, Jusuf Kalla dari Indonesia, iaitu 'Anwar sudah gila',akibat terlalu tergila-gilakan kuasa.
Anwar mungkin mengambil sikap 'membujur lalu melintangpatah' kerana 'alang-alang menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan'. Apa yang pasti ialah Anwar telahmenghabiskan hampir keseluruhan hidup dewasanya untukmerebut jawatan Perdana Menteri dan beliau jelas engganmengalah kepada takdir.
Anwar bermimpi menjadi Perdana Menteri Biseksual pertama disebuah negara Islam dan Anwar berazam untuk membalasdendam kepada mereka yang telah menggagalkan usahanyaselama ini. Anwar tidak sanggup mati tanpa merasai empukkerusi Perdana Menteri dan membiarkan musuhnya menang.
Untuk itu, semua orang perlu memberi jalan kepadanya – Lee Chin Cheh, kini bekas ADUN Kajang, Khalid Ibrahim MenteriBesar Selangor sekarang dan isterinya sendiri yang jugaPresiden PKR iaitu Wan Azizah terpaksa meletakjawatan. Tidak mustahil, sekiranya laluan yang dibuka merekaini masih belum dapat melonjakkan Anwar terus ke kerusiPerdana Menteri, maka Anwar akan meminta penyokongnyamengadakan demonstrasi dengan berkorban nasib, keringat,darah, nyawa dan juga maruah mereka, bagi membina jambatanuntuknya ke Putrajaya.
Kiriman email
Sent from my iPhone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan