Pengikut Blog Panglima

24 Mac 2014

BAS BAWA PELAJAR SEK.MEN KATOLIK JATUH GAUNG DI HULU LANGAT - 1 MATI 35 CEDERA



Seorang pelajar terbunuh manakala 31 yang lain dilaporkan cedera apabila bas sekolah yang dinaiki terjunam ke dalam gaung di Hulu Langat, kira-kira jam 2.20 petang tadi.





Bas berkenaan yang kelihatan terbalik dengan bumbung berada di bawah membawa penumpang berupa 35 pelajar dan guru dari Sekolah Menengah Katholik, Petaling Jaya.





Lokasi kejadian adalah jalan bercerun menuju ke menara tinjau Hulu Langat.


Lima pelajar dikatakan terperangkap dalam bas yang terbalik dengan seorang pelajar berusia 17 tahun maut akibat tersepit.





Kesemua mangsa dikeluarkan oleh anggota bomba dan penyelamat yang bergegas ke tempat kejadian sebelum dibawa ke Hospital Ampang. – REM RAMZI MYNEWSHUB


Sumber: THE STAR / NEW STRAITS TIMES





mynewshub.my/2014/03/24/segera-bas-sekolah-masuk-gaung-di-hulu-langat/#.UzAADaiSySo
Catat Ulasan