YDP Blogger Pembela Negara (BPN) Malaysia / Chief Blogger Of National Defence
Translate
Video Pilihan
26 Mac 2014
Dari MSTAR : Warga Emas Saksikan Bangkai Kapal Terbang di Lautan Hindi Semasa Pulang Umrah 8 Mac 2014 Adalah Benar
Seorang Rakyat M'sia Baru Pulang Umrah Dakwa Nampak Bangkai Pesawat Atas Laut Andaman
Diterbitkan: Jumaat, 21 Mac 2014 8:40 AM
Kepulauan Andaman yang menjadi lokasi Raja Dalelah mendakwa objek seakan pesawat MH370 yang hilang.
(Ubah saiz teks)
MELAKA: Seorang wanita rakyat Malaysia yang baru pulang dari menunaikan Umrah di tanah suci Mekah mendakwa yang dia telah melihat bangkai sebuah pesawat yang besar berwarna perak di perairan Laut Andaman ketika pesawat yang dinaikinya melintasi kawasan berkenaan pada pagi 8 Mac lalu.
Wanita berkenaan Raja Dalelah Raja Latife, 53, berkata ketika dia menyaksikan objek besar yang sebahagian daripada badan yang didakwa sebagai pesawat itu tenggelam dan sebahagian lagi timbul, dia telah memaklumkan kepada ramai pihak di dalam penerbangan berkenaan tetapi telah dipandang ringan.
Dalelah berkata dia menaiki pesawat Penerbangan Saudi SV2058 yang berlepas dari Jeddah pada jam 3.30 pagi waktu Arab Saudi (8.30 pagi waktu Malaysia) dan ketika pesawat itu melintasi bandar Chennai di India dan memasuki ruang udara Laut Andaman, dia melihat menerusi tingkap pesawatnya satu objek besar menyerupai pesawat terdampar di atas laut.
“Saya nampak macam kapalterbang.Sepanjang perjalanan pulang saya sentiasa melihat ke luar kerana saya tidak dapat tidur langsung dan ketika lawatan saya ke Beijing dua tahun lalu juga dia tidak dapat tidur di dalam pesawat dan sentiasa berjaga," kata ibu kepada 10 orang anak ini.
Raja Dalelah, yang berasal dari Kota Tinggi, Johor menambah, sewaktu dia terlihat objek besar berwarna perak yang seakan-akan sebuah pesawat di atas lautan itu, skrin tv di hadapannya menunjukkan yang mereka sedang melintasi Laut Andaman.
“Sebelum itu saya nampak beberapa buah kapal dan kemudian pulau-pulau kecil dan selepas itulah saya ternampak objek berwarna perak di atas air. Saya mengejutkan rakan saya di sebelah untuk melihat apa yang saya saksikan tetapi malangnya mereka mentertawakan saya," ujarnya lagi.
Raja Dalelah, bagaimanapun yakin apa yang disaksikannya itu adalah bangkai sebuah pesawat yang besar.
"Buat apa saya nak bercakap bohong saya baru sahaja balik dari umrah," katanya lagi.
Salinan laporan polis yang dibuat oleh Raja Dalelah sebaik sahaja tiba di Malaysia dari Umrah
baca sepenuhnya di sini http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/03/21/seorang-rakyat-msia-baru-pulang-umrah-dakwa-nampak-bangkai-pesawat-atas-laut-andaman/
Panglima : Jika hati bersih pandangannya akan tajam dan lebih tajam dari satelit yang dicipta oleh manusia bukan Islam... Kebenaran telah terbukti dengan laporan satelit dan disahkan secara rasmi dua hari lepas... Namun semua telah berlalu dan tidak ada apa lagi yang boleh dilakukan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan