Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

25 Mac 2014

Kemenangan @DrWanAzizah #PRKKAJANG Petunjuk Kronisme Makin Subur dalam PKR Diterima Rakyat - Tahniah @Anwaribrahim !!!


Berita Utusan Malaysia

Politik 'bateri 3A' PKR - Ezam


KUALA LUMPUR 24 Mac - Rakyat Selangor kini terjerat dengan politik 'bateri 3A' yang dicaturkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalannya, Azmin Ali.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Ezam Mohd. Noor berkata, politik seumpama itu amat berbahaya memandangkan tujuan utamanya adalah untuk mendapatkan semula kuasa yang hilang dan habuan politik semata-mata.

"Percaturan politik kuasa akan terus berlaku dalam PKR dan Selangor khususnya memandangkan Selangor satu-satunya negeri yang mereka berkuasa dan boleh mencatur. Sebab itu Selangor sehingga hari ini tiada rancangan ekonomi yang konkrit.

"Kita seharusnya sekarang tumpukan kepada soal ekonomi. Malaysia di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak melalui proses transformasi ekonomi yang paling rancak tahun ini dan ia dilakukan untuk menampilkan ekonomi mantap demi kesejahteraan rakyat hari ini dan zaman mendatang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas berhubung masa depan rakyat Selangor di bawah PKR selepas parti tersebut berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang semalam dengan majoriti lebih rendah iaitu 5,379 undi berbanding 6,824 pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Mengulas lanjut, Ezam yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) menegaskan, proses memantapkan ekonomi memerlukan tumpuan serta dukungan rakyat yang celik ekonomi dan mampu menjadi pemain utama dalam proses tersebut.

Katanya, semua pihak perlu ke arah itu dan meninggalkan politik peribadi melampau berkenaan kepada PKR terutama 'kepimpinan 3A' yang jelas masih pada takuk lama sejak 1998.

"Rakyat khususnya orang Melayu sepatutnya tinggalkan sentimen sempit berlegar soal masalah dan matlamat peribadi seorang pemimpin yang terbabas jauh ke jurang kehancuran. Malaysia sebagai negara tidak terbabas, negara di landasan betul untuk menjadi negara Islam maju dan berdaya saing," katanya.

Dalam pada itu, bekas Setiausaha Pembangunan Integrasi Nasional PKR, Prof. Dr. Mohammad Fairus Khairuddin berkata, kehadiran Wan Azizah di Selangor merupakan rancangan Anwar untuk meletakkan 'mata dan telinganya' dalam pentadbiran negeri.

"Kebarangkalian untuk Wan Azizah diangkat menjadi Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, saya tidak yakin kerana agak mustahil memandangkan sentimen atau polemik yang bakal dicetuskan.

"Jika Menteri Besar seorang wanita akan mengundang pelbagai kontroversi terutama dari sudut adat setempat dan agama," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140325/po_04/Politik-bateri-3A-PKR---Ezam#ixzz2wwyi8TGR
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate