Pengikut Blog Panglima

10 April 2014

3,000 Pekerja Bank Of America Diberhentikan Seluruh Dunia



NEW YORK: Bank of America akan menamatkan khidmat seramai 3,000 pekerjanya di luar Negara sejajar dengan program kajian semula operasi bank itu di seluruh dunia.


Pemberhentian itu akan membabitkan operasi bank tersebut di Costa Rica, Filipina dan Mexico.

The Charlotte, syarikat yang berpangkalan di Utara Carolina bercadang menutup pejabatnya di negara itu dalam tempoh sembilan hingga 12 bulan lagi.

Jurucakap Bank of America Corp, Mark Pipitone berkata, pengurangan pekerja itu bagaimanapun tidak menjejaskan Bank of America Merrill Lynch, iaitu rangkaian bank global dan pasaran perniagaannya yang memberi khidmat untuk sektor komersial, korporat dan pelanggan institusinya di Amerika Latin.

sumber : http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2014/04/09/3000-pekerja-bank-of-america-diberhentikan/
Catat Ulasan