Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

25 April 2014

ZULKIFLI BIN NOORDIN: HUDUD-ANTARA REALITI & IMPIAN (Sebarkan)

Adakah pendirian kepimpinan pembangkang membenarkan kristian mengguna-pakai kalimah yang bercanggah dengan ketetapan Majlis Syura' PAS membolehkan tindakan hudud riddah dikenakan?
Salam 2 all.

Saya melihat mutakhir ini isu perlaksanaan hudud sekali lagi menjadi bahan bahas di medan awam. Ianya bermula apabila Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri di JPM membuat kenyataan didalam Dewan Rakyat semasa penggulungan Titah DiRaja baru-baru ini bahawa Kerajaan (bermaksud UMNO) tidak ada halangan untuk Kerajaan PAS Kelantan melaksanakan hudud, dan bersedia membantu.

Kenyataan ini disambut baik oleh YAB Menteri Besar Kelantan YAB Datuk Ahmad Yaacob dengan cadangan untuk membentangkan usul perlaksanaan hudud di Dewan Rakyat melalui usul Ahli Parlimen PAS dalam sidang Dewan Rakyat akan datang, kemungkinannya bulan Disember ini.

Bagaimanapun, cadangan Kerajaan PAS Kelantan menerima tentangan hebat daripada rakan sekutunya DAP dan PKR. DAP memberi amaran keras kepada PAS supaya tidak melaksanakannya, dan PKR mengingatkan PAS bahawa perlaksanaan hudud bukan agenda pakatan DAP-PKR-PAS yang telah dipersetujui.

Bermakna sebelum membuka langkah walau setapak pun, PAS perlu menyelesaikan kemelut dalaman pakatan pembangkang dahulu. Jika gagal mendapat persetujuan rakan sekongkol ini, maka PAS perlu membuat pilihan samada sanggup melangkah mayatpembangkang DAP-PKR dahulu; atau mencampakkan agenda perlaksanaan hudud ini kedalam arkib politik mereka.

Baca lagi : 

http://zul4kulim.blogspot.com/2014/04/hudud-antara-realiti-impian.html?m=1


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate