Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

06 Jun 2014

myMetro | Pemantauan, tangkapan berterusan atasi penipuan dokumen pekerja asing - DS @Zahid_Hamidi




Kuala Lumpur: "Banyak taktik digunakan orang tidak bertanggungjawab termasuk guna nama dan palsukan dokumen, kita sentiasa bertindak menangani masalah ini," kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.


Malah katanya, agensi di bawah kementeriannya memang menjalankan siasatan dan tangkapan dilakukan dari semasa ke semasa "Mereka menggunakan kepala surat KDN atau imigresen (palsu) yang sudah dihidu dan pemantauan serta tangkapan sentiasa dilakukan.


"Semua itu dilakukan tanpa hebahan umum kerana tidak mahu ia mengganggu siasatan," katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini, semalam.

Ahmad Zahid berkata, majikan atau peniaga terbabit sepatutnya tahu tiada individu yang boleh 'kebal' daripada undang-undang negara.


"Imigresen hanya membenarkan majikan memohon pekerja asing selepas memperolehi Permohonan Pekerja Asing (JCS) dari Pusat Kelulusan Setempat (OSC) daripada kementerian dan jabatan yang mengendalikan pekerja asing mengikut sektor pekerjaan.


"Permohonan yang mempunyai JCS, kelulusan akan diberikan melalui Bahagian Pengurusan Pekerja Asing KDN," tegasnya.


http://www.hmetro.com.my/articles/Pemantauan_tangkapanberterusan/Article/


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate