Adakah He atau She pun tidak difahami kebanyakan peguam dalam Pakatan ?
Atau ia hanya taktik memalukan Azizah untuk 'checkmate' dan membuka jalan Azmin Ali menjadi MB.
Sebagai Timbalan Presiden Azmin layak untuk menggantikan Azizah.
Jika tidak dengan cara ini sudah tentu Azizah akan terasa hati walhal tidak pernah dalam sejarah seorang wanita mahu dilantik sebagai MB.
Anwar bukan bodoh dan Azizah juga mungkin sekali lagi merelakan diri diperdaya suaminya sendiri.
Nasib baik PAS tidak terpengaruh dengan wayang murahan ini berkat keputusan Majlis Syura mereka. Lagi pun dalam Islam perempuan sepatutnya menjadi 'makmum' bukan 'imam'.
Kecuali fahaman Amina Wadud yang menghalalkan imam wanita memimpin makmum lelaki.
Kalau tidak PAS juga akan terpengaruh dan menjadikan kerusi MB sebagai bahan rebutan sehingga menyulitkan keadaan.
Anwar marah Azmin? Saya tidak yakin kerana semua orang tahu betapa sayangnya Anwar kepada Azmin dan betapa dalamnya rahsia Anwar dalam kocek Azmin. Wayang Anwar sangat tinggi dan dia boleh berlakon untuk dijadikan bahan psy war politiknya.
Sebelum Anwar masuk penjara sudah tentu Azmin mahu kedudukannya dijamin segera untuk mewarisi PKR seperti bapak dia punya sebagaimana Anwar lakukan dengan melantik keluarganya sebagai pemimpin parti tanpa dituduh dengan nepotisme atau kronisme sedikitpun.
Meludah ke langit akhirnya jatuh ke muka sendiri !!!
Sent from my iPhone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan