Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

18 Ogos 2014

UMNO perlu bina kekuatan supaya dipilih rakyat


Ahmad Zahid Hamidi melaungkan ungkapan 'Hidup UMNO' semasa berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datoh di Bagan Datoh, Perak semalam. - MINGGUAN/AIN SAFRE BIDIN

BAGAN DATOH 16 Ogos - UMNO perlu membina kekuatan menerusi usaha sendiri dan tidak mengharapkan keruntuhan pihak pembangkang untuk menjadi parti pilihan rakyat, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya, kemelut politik yang berlaku dalam pakatan pembangkang di Selangor ketika ini merupakan kesempatan terbaik buat UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk membina kekuatan, namun bukannya bergantung kepada kebinasaan parti lawan.

Beliau berkata, UMNO perlu lebih kuat berbanding dahulu bukan sahaja disebabkan ia merupakan tulang belakang BN tetapi kerana perubahan drastik dalam politik negara.

"Walaupun pakatan pembangkang menghadapi kemelut bukan sahaja di Selangor tetapi di seluruh negara, ini kesempatan terbaik untuk UMNO dan BN memperkukuhkan parti.

"Namun kekuatan parti mestilah hasil daripada usaha ahli sendiri tanpa mengharapkan keruntuhan parti lawan. UMNO perlu diperkasakan dengan membina asas yang kuat tanpa mengharapkan kesusahan yang dialami oleh parti lawan," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datoh di sini hari ini.

Menurut Ahmad Zahid, untuk memperkasakan parti, pendekatan yang digunakan kini adalah menarik mereka yang pernah tidak berpuas hati terhadap UMNO dan BN sehingga menyertai pembangkang supaya kembali ke pangkal jalan.



Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate