Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

07 September 2014

Blog PAS RAKYAT MARHAEN: Haron Din jelaskan Majlis Syura nilai ada yang lebih layak dari @DrWanAzizah jadi MB - Tamparan Untuk @Anwaribrahim


By HELME HANAFI    (AD)
Bagai memerah limau ke luka PKR, Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din malam Sabtu mengesahkan kenyataan Presiden PAS bahawa Datin Seri Dr Wan Azizan Wan Ismail tidak disokong oleh parti itu menjadi Menteri Besar Selangor kerana masalah kelayakan.

Sambil menegaskan badan tertinggi pembuat keputusan PAS, Majlis Syura ulamak menyokong penuh kenyataan terbaru yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkaitan Wan Azizah.

Menurutnya, kenyataan Hadi itu selari dengan keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura dalam mencalonkan mereka yang layak mentadbir negeri Selangor.

"Itulah penilaian dan pandangan (yang dibuat) Majlis Syura sebelum ini.

"Kalau dia (Wan Azizah) cukup kelayakan sudah tentulah dari awal lagi Majlis Syura sokong tanpa sebarang masalah,"katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menyaksikan forum perdana yang membariskan Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, MP Temerloh Nasruddin Hassan, dan Ketua Dewan Ulama Wilayah Persekutuan Ustaz Riduan Md Nor di perkarangan Dataran Surau An Nur Seksyen 3 Bangi.

Mengikut jadual asalnya, beliau bersama Abdul Hadi sepatutnya berucap dalam acara tersebut, namun atas sebab yang tidak diketahui kedua-duanya tidak berucap.

Mengulas lanjut mengenai penolakan terhadap Wan Azizah, kata Harun dalam Islam memanglah bukan gender itu menjadi halangan tetapi kemampuan memikul amanah.

"Islam melihat amanah orang.. dari fizikalnya mampu, berpengalaman dan sejarah latar belakang.

"Itu dilihat apa yang diputuskan Majlis Syura dan melihat ada orang lain lebih baik daripada Wan Azizah," katanya.

Bagaimanapun, PAS meletakkan pemilihan pada perkenan Sultan Selangor pada akhirnya termasuk jika baginda memilih Wan Azizah.

"Sultan lihat Wan Azizah boleh, dia lantik kalau tidak dia akan ambil orang lain," katanya.

Menurutnya, apa yang sedang berlaku di Selangor sekarang (krisis pemilihan MB) adalah perkara biasa berlaku dalam mana-mana sistem politik terutama di Malaysia kerana banyak parti bertanding.

"Banyak pihak mahu tempat paling tinggi iaitu MB maka selalu dan acap kali berlaku pertembungan. Pertembungan ini sebenarnya bukanlah dirancang tetapi berlaku kerana keadaan menuntut demikian," kata Haron.


Abdul Hadi dalam satu majlis di Marang Terengganu pada Jumaat menjelaskan sebab Wan Azizah tak disokong oleh PAS sebagai MB beliau tidak mampu mentadbir.

"Perlantikan perempuan sebagai Menteri Besar, adakah sebab ini. Dia nak lantik pemimpin ini banyak syarat-syarat dia.

"Antaranya pemimpin itu sendiri mesti ada kebolehan, ada kebolehan, kelayakannya untuk jadi pemimpin.

"Kalau daripada awal lagi dia tidak ada kebolehan untuk jawab soalan di Parlimen, untuk soal di Parlimen, soal dalam Dewan Negeri, nak berdialog dengan lawan dalam Dewan Negeri pun tak boleh, macam mana nak jadi pemimpin? Ini tak boleh.

"Jadi syarat-syarat ni dah dok lepas, bila tak lepas syarat ni maka tak boleh jadi pemimpin, bukan dengan sebab perempuan dengan sebab lelaki.

"Jadi, yang sebenarnya, sebab kita tolak calon di Selangor tu kerana tak layak daripada awal-awal lagi, bukan dengan sebab dia perempuan, bukan dengan sebab itu.

"Tak boleh, tak mampu untuk mengendalikan pemerintahan Kerajaan Negeri Selangor. Ini memerlukan seorang yang kuat untuk jaga Negeri Selangor. Itu yang sebenarnya. Bukan dengan sebab dia perempuan," katanya.

Wan Azizah tidak aktif dalam politik sungguhpun memegang jawatan Presiden PKR sejak 2008.

Bagaimanapun beliau tiba-tiba dinamakan sebagai calon PKR DUN Kajang selepas suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak bertanding selepas dijatuhkan hukuman penjara lima tahun kes liwat bekas pembantunya Mohd Saiful Azlan Bukhari.

Sungguhpun hukuman tersebut ditangguhkan, namun secara undang-undangnya, beliau hilang kelayakan untuk menjadi calon pilihanraya.

Azizah kemudiannya dinamakan sebagai pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim oleh Anwar pada 22 Julai lalu.

Bagaimanapun Majlis Syura PAS menolak keputusan itu dan mahu mengekalkan Abdul Khalid sebagai MB.

PKR kemudiannya memecat Abdul Khalid dan 'mencuri' dua ADUN PAS untuk menandatangani akuan bersumpah menyokong Wan Azizah.

Mesyuarat jawatankuasa PAS pusat pada 17 Ogos lalu turut menetapkan nama presiden PKR itu, serta nama timbalannya Azmin Ali sebagai calon untuk dikemukakan kepada Sultan Selangor.

Bagaimanapun, difahamkan Abdul Hadi menggunakan kuasanya sebagai Presiden PAS untuk mengemukakan senarai berbeza yang tidak mengandungi nama Wan Azizah dan Azmin untuk dikemukakan kepada Istana Selangor 3 September lalu.,



Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate