Pengikut Blog Panglima

08 September 2014

Serangan Liar Terhadap Menteri Dalam Negeri @Zahid_Hamidi Kerana Lawan Penjenayah Perlu Dilawan Semula Oleh Rakyat Malaysia


Serangan bertali arus terhadap Naib Presiden UMNO Ds Dr Ahmad Zahid Bin Hamidi dilihat mempunyai kaitan dengan ketegasan beliau menangani isu PPS selain isu dadah,gangsterisme dan judi sebelum ini. Dengan melumpuhkan kegiatan dadah, gangsterisme dan judi diikuti PPS yang didakwa juga dianggotai bekas penjenayah dan gangster maka DSZH menjadi sasaran untuk diserang di alam maya dan fizikal. Semua telah melihat kejayaan Ops Cantas yang berterusan hingga hari ini

Serangan ini juga turut disokong The Sun yang memutarbelitkan kenyataan beliau berhubung isu 'Non-Malays Getting Arrogant' yang telah dipetik luar dari kotak maksud asal beliau. Kerana bukan masuk akal apabila ucapan yang dimaksudkan itu diucapkan semasa perasmian mesyuarat UMNO yang turut dihadiri media dan juga wakil parti komponen. Akhirnya Akhbar The Sun yang memutarbelitkan berita beliau akhirnya meminta maaf seperti yang disebutkan di sini http://khairulryezal.blogspot.com/2014/09/setelah-5-hari-berita-fitnah-ds.html


Perkara ini bukan baru berlaku bahkan ketika PRK Teluk Intan ucapan beliau juga diputarbelitkan The Malaysian Insider bahawa pengundi Cina yang menyokong DAP tidak bersyukur - yang turut mendapat reaksi pemimpin komponen BN yang tidak memahami maksud sebenar kenyataan beliau. Tanpa dijangka BN telah memenangi semula PRK Teluk Intan. Mungkin berkat kesungguhan beliau hampir saban hari meluangkan masa menemui pengundi berbilang bangsa di sana membantu jentera parti menerangkan isu semasa dan dasar negara.


Berkenaan parti komponen DSZH sering meminta agar jasa rakan komponen BN diingati kerana mereka yang telah membantu UMNO ketika krisis UMNO pada tahun 1988 dan 1998. Menekan mereka ketika mereka dilanda kesukaran kerana pergolakan dalaman parti tentu tidak akan memberi kebaikan kepada BN dan UMNO itu sendiri. Justeru dalam beberapa ucapan perasmian mesyuarat UMNO tahun ini, beliau sering menyebut tentang pentingnya parti UMNO mengingati jasa baik rakan komponen dan membantu mereka hingga selesai masalah yang mereka hadapi ketika ini. Perkara ini memang wajar kerana keruntuhan BN akan membawa keruntuhan UMNO sekaligus meruntuhkan tonggak perjuangan UMNO untuk mempertahankan Raja Melayu, Islam, Bahasa Melayu dan juga Hak Istimewa oran Melayu.

Link http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/po/newspolitics.php?id=1066643 UMNO Perlu Pertahan Empat Institusi yang diucap semasa perasmian Bahagian Kuantan semalam.

Isu Unit Amal PAS juga turut menjadi bahan untuk menghalakan kemarahan PAS kepada Naib Presiden UMNO tersebut yang berpunca dari laporan tidak tepat Malaysiakini dan The Malaysian Insider. Di saat PKR sedang dikritik kerana tidak hormat Istana kerana tidak mahu menghantar dua nama ketika itu isu ini dimainkan sehingga menimbulkan kemarahan PAS. Pemimpin PAS melenting kerana laporan tidak tepat yang menyebut KDN akan mengambil tindakant terhadap Unit Amal PAS walhal hakikat sebenar ialah KDN hanya akan mengambil tindakan jika ada laporan dan salah laku berkaitan unit di bawah PAS tersebut. Permainan ini berjaya sehingga beberapa pemimpin PAS telah membuat kenyataan mengecam Naib Presiden UMNO merangkap Menteri dalam Negeri tersebut.


Dalam masa yang sama apa yang menyedihkan ialah ada juga Ketua Bahagian UMNO juga turut berbunyi menempelak Naib Presiden UMNO DSZH tanpa memahami maksud sebenar beliau isu Unit Amal PAS. Keadaan ini seperti menampakkan lagi sikap Ketua Bahagian yang hanya membuat kenyataan mengkritik DSZH tanpa memeriksa kembali kebenarannya dan hanya mendiamkan diri ketika perkara yang baik dilakukan oleh beliau. Mustahil di zaman canggih ini kenyataan DSZH gagal diperika kesahihannya kecuali beliau sendiri terburu-buru dan memang menunggu untuk membuat 'jumping smash' kepada pemimpin untuk mengejar populariti.


Dalam masa yang sama minggu lalu, isu perisik KDN turut timbul di mana pembangkang turut membuat tuduhan mengaitkan dengan anak saudara beliau bernama Azrul Azli , namun hakikatnya nama yag dimaksudkan tidak wujud di dalam senarai pegawai khas yang disiar secara rasmi di portal KDN. Jelas permainan jahat pembangkang untuk menjatuhkan beliau semakin hebat sehingga membuat tuduhan tanpa asas hingga ke peringkat menfitnah nama baiknya. 



Kenapa ini semua berlaku ?

Keberanian dan ketegasan DSZH itulah yang begitu menakutkan pembangkang. Kerana ramai bercakap bahawa gangster berada di belakang pembangkang dan peguam mereka juga yang banyak membela penjenayah ini. Maka tindakan demi tindakan selepas polis diberi taring semula melalui Akta PCA dan SOSMA selepas pemansuhan ISA, menjadikan penjenayah tidak senang duduk dan terpaksa melakukan serangan ganas di alam maya untuk memastikan masa depan DSZH akan hancur.



Mereka mungkin merasa kuasa dan pengaruh mereka kuat, namun kuasa Allah lebih hebat dari itu. Dalam satu ucapan DSZH menegaskan beliau tetap akan meneruskan tindakan membanteras jenayah walaupun mempertaruhkan nyawa beliau, nyawa isteri anak dan cucu beliau sendiri demi keamanan dapat diwujudkan dan rakyat akan merasa aman dan tenteram.

Ketika isu PPS diambil tindakan mantan PM Tun Mahathir turut memberi sokongan, selain Ketua Pemuda UMNO dan Ketua Puteri yang membuat kenyataan menyokong tindakan tersebut. Yang telah meranapkan kesombongan Lim Guan Eng mencabar Polis Diraja Malaysia untuk mengambil tindakan seperti yang disebar dalam video baru-baru ini. 


Video Lim Guan Eng cabar polis dan bukti PPS alat DAP 


Rupa sebenar PPS




Hari ini Akta Hasutan akan digantikan Akta Keharmonian Nasional. Dengan jaminan semua elemen di dalamnya akan dikekalkan dan disesuaikan dengan situasi terkini. 


Proses memodenkan Akta dalam Perlembagaan sangat kita alu-alukan kerana ia satu lagi transformasi untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian. Kita yakin YAB Perdana Menteri tegas dan komited untuk memerangi jenayah dan sebarang pandangan ahli akademik tentu akan didengar oleh beliau di dalam memastikan perubahan Akta ini selepas pandangan semua pihak telah diambil peduli.

 



Ketegasan dan sikap keberanian DSZH perlu dipertahankan untuk kebaikan negara Malaysia. Membiarkan beliau diserang seolah-olah kita mahu dunia kongsi gelap, perjudian, pengedara dadah, samseng politik akan bermaharajalela. Oleh kerana itu semua pihak perlu menyokong beliau kerana kejayaan ini juga merupakan kejayaan kepada negara yang dipimpin oleh YAB DS Najib Tun Abdul Razak. 





Catat Ulasan