Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

01 Oktober 2014

@UMNOonline - Syabas @PDRMsia & Jangan Pilih Bulu Tahan Individu Bawah Akta Hasutan – Syed Ali AlHabshee





KUALA LUMPUR, 1 Okt – Syabas Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan jangan pilih bulu menahan mana-mana individu yang didakwa memperlekehkan hak bumiputera, isu ketuanan Melayu, institusi beraja, Perlembagaan Negara dan memainkan isu perkauman dan agama.

Perkara ini ditegaskan Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali AlHabshee yang menyokong penuh tindakan pantas pihak polis yang menahan anak saudara mendiang Karpal Singh, Dalbinder Singh Gill dari Pulau Pinang yang didakwa mempersoalkan hak bumiputera dan institusi beraja dalam facebook.

Katanya, tiada mana-mana pihak harus diberikan keistimewaan kalau terus mempersoalkan perkara-perkara yang boleh mengundang perpecahan dan mengancam keselamatan rakyat di negara ini.

“Akta Hasutan 1948 jelas diguna untuk menahan mana-mana individu, anggota keluarga pemimpin politik termasuk pemimpin yang didapati jelas menghasut dan memperlekehkan hak bumiputera dan institusi beraja.

“Tiada mana-mana pihak yang berhak mempersoalkan apa yang sudah termaktub dalam perlembagaan negara dan perjanjian dalam kontrak sosial. Kita kena ingat negara Malaysia sebuah negara yang unik kerana mempunyai rakyat pelbagai kaum dan agama.

“Ini bukan bermakna rakyat boleh bebas mencaci dan menghina mana-mana institusi di negara ini. Rakyat kena menghormati apa yang sudah termaktub dalam perlembagaan dan jangan cuba mencetuskan isu-isu provokasi kaum yang boleh mengundang perpecahan di kalangan rakyat negara ini,” katanya dalam entri umnobahagiancheras.blogspot.com.

Syed Ali memuji langkah PDRM yang cepat mengambil tindakan menahan pelajar undang-undang Dalbinder Singh Gill. Beliau menyifatkan ini merupakan satu transformasi yang baik oleh PDRM dalam mengekang tindakan sesetengah pihak yang terus mempersoalkan mana-mana institusi dianggap terpenting di negara ini.

“Saya mengucapkan tahniah kepada PDRM yang bertindak pantas menahan Dalbinder Singh Gill di bawah Akta Hasutan. Sewajarnya mereka yang didakwa di bawah Akta Hasutan kena segera dibawa ke muka pengadilan bagi mengelakkan kejadian seumpama ini di masa depan.
“Bagi saya tidak ada kompromi mana-mana pihak yang didakwa bawah Akta Hasutan. Mereka kena segera dibawa ke muka pengadilan bagi memberikan pengajaran kepada mana-mana pihak cuba bersikap biadap dan mempersendakan undang-undang.

“Kalau kes Alvin Tan yang menghina pemimpin negara di luar negara diburu sehingga ke lubang cacing ini termasuklah kes-kes penghinaan mana institusi terpenting dalam negara kena diambil tindakan dengan segera tanpa bertangguh-tangguh,” katanya.

Pada masa yang sama UMNO Bahagian Cheras turut mengingatkan mana-mana pihak agar jangan mendakwa UMNO cuba berselindung di bawah Akta Hasutan 1948 untuk menahan mana-mana pemimpin politik pembangkang yang tidak sehaluan demi mengekalkan kuasa politik.

Tegasnya, UMNO tidak pernah mempergunakan mana-mana institusi di negara ini untuk melindungi kepentingan parti ini. Sebaliknya UMNO dan kerajaan Barisan Nasionallah yang sentiasa melindungi dan mempastikan negara terus kekal aman dan sejahtera sampai bila-bila.



Berita Bertarikh Pada 1 October 2014 2:34 PM





 Dalbinder Singh Gill


PETALING JAYA: Polis merakam keterangan anak saudara kepada bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh yang merupakan pelajar jurusan undang-undang kerana didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan di laman sosial Facebook.

Dalbinder Singh Gill, 24, yang bertindak mempertikai keistimewaan bumiputera dan raja telah diambil keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di Pulai Pinang pada 10.45 malam Selasa.

Dia kemudian dibebaskan pada pukul 1.30 pagi Rabu.

"Saya telah diberitahu bahawa terdapat laporan yang dibuat oleh polis sendiri sebelum saya ditahan," katanya.

Dalbinder memberitahu, berikutan tindakannya mengeluarkan kenyataan berkenaan, polis terpaksa merampas sebuah telefon bimbit dan tablet untuk membantu siasatan.

Jelasnya, dia juga perlu melapor diri kepada balai tersebut selepas sebulan sebagai susulan.

 http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/10/01/tahan-dalbinder/


 Kenapa beliau ditahan ? Ini sebabnya

  


 

baca selanjutnya

http://theflyingkick.blogspot.com/2014/08/anak-saudara-karpal-singh-maki-sultan.html

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate