Pengikut Blog Panglima

25 November 2014

Generasi muda adalah harapan baru parti – @Zahid_Hamidi #dszh

23 NOV 2014 08:19PM
Dr Ahmad Zahid Hamidi
Dr Ahmad Zahid Hamidi

Oleh Azizi Sunip (azizisunip@abnxcess.com)
PUTRAJAYA – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, generasi muda adalah harapan baru buat parti itu.
Katanya, UMNO pada hari ini lebih bersifat terbuka dan peluang banyak tersedia buat golongan itu yang berkelayakan untuk memimpin.
“Satu mesej yang cukup jelas bahawa ruangan yang luas dan cukup jelas untuk Gen Y dan Gen X bagi menyertai UMNO keterbukaan ini termasuklah dengan mengubah peruntukan dalam Perlembagaan UMNO untuk kemasukan keahlian,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Karnival 60 tahun Lembaga Penapisan Filem Malaysia, Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya hari ini.
Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, bukti sifat keterbukaan UMNO yang jelas ialah ahli-ahli baru boleh berdaftar terus melalui ibu pejabat UMNO tanpa perlu menjadi ahli di peringkat cawangan sebagaimana cara biasa.
Jelas beliau, cara ini mampu menarik lebih ramai golongan professional anak muda untuk menyertai UMNO dan tidak ada lagi dakwaan penglibatan mereka dalam parti disekat oleh ketua cawangan.
Ditanya mengenai kemasukkan pemimpin-pemimpin muda ini yang akan mewujudkan persaingan dan mengancam kedudukan pemimpin sedia ada, beliau berkata, zaman berfikiran begitu sudah berlalu.
“Era itu telah berlalu dan peluang hendaklah diberikan kepada mereka dan kita bukanlah berada dalam kedudukan ‘Warlords’ yang menganggap bahawa jawatan dalam parti itu kepunyaan kita dan harus dimiliki oleh keturunan,
“bila tiba masanya mendapat isyarat bahawa kita tidak lagi dikehendaki maka cara yang terbaik ialah mengundurkan diri sebelum diundurkan,” katanya.

Catat Ulasan