Kuala Lumpur, 7 Nov : Perpecahan dalam PAS makin ketara. Isu pengharaman NGO Sister in Islam (SIS) telah memperhebatkan pergolakan dalam PAS yang belum pun reda dari "peperangan dalaman" yang berlaku akibat daripada krisis Menteri Besar Selangor.
Fatwa Selangor pada Julai 2014 menggazet SIS dan mana-mana individu, pertubuhan atau institusi yang berpegang kepada fahaman "liberalisme" dan "pluralisme" agama sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.
Sebelum ini, Dua pemimpin PAS iaitu Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Khalid Samad mempertahankan Sisters in Islam (SIS) dan berkata fatwa yang diwartakan mengatakan pertubuhan itu bersikap liberal dan pluralisme agama sebagai tidak berasas. Bagi mereka kononnya pihak berkuasa agama seharusnya faham SIS tidak berurusan dengan fahaman teologi, apatah lagi pluralisme dan liberalisme sekiranya mereka menemui kumpulan berkenaan.
Selain dari dua pemimpin itu, Ahli Parlimen Kota Raja Siti Mariah Mahmud juga mengambil peluang yang dianjurkan melalui dialog bersama SIS kononnya untuk memahami kumpulan berkenaan. Nampak gaya Siti Mariah ini turut sependapat dengan Yusuf Rawa dan Khalid Samad.
Namun begitu, lain pula pendapat PAS Selangor. Mereka mengambil pendirian tidak akan mempertikaikan fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa serta menegaskan, pendirian ketiga pemimpin mereka berhubung status Sisters in Islam (SIS) dan mempertikaikan fatwa berkenaan tiada kaitan dengan parti itu, kata Iskandar Samad. Sesungguhnya tindakan mempertikaikan fatwa secara terbuka adalah tidak wajar dan ketiga-tiga pemimpin PAS itu akan diadukan kepada kepimpinan PAS Pusat.
Tambahan pula Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah bertitah mengingatkan umat Islam supaya tidak tergesa-gesa mengkritik fatwa yang telah dikeluarkan tanpa memahami dengan sepenuhnya. Sesuatu fatwa itu bukan hanya dibuat atau ditentukan oleh mufti tetapi melalui jawatankuasa fatwa terdiri daripada alim ulama dan profesional yang mahir dalam bidang masing-masing termasuk perundangan.
Kita dapat lihat dengan jelas seolah-olah wujud kumpulan yang cuba manipulasi Islam demi kepentingan politik mereka. Pihak ini tidak akan teragak-agak untuk "menjual" maruah diri, keluarga, negara dan agama demi memastikan agenda peribadi mereka dapat dilaksanakan. Rakyat perlu "buka mata" dan lihat dengan "mata hati" bahawa hanya kerajaan Barisan Nasional sahaja yang mampu menjaga dan menjunjung maruah agama Islam, bangsa Melayu dan negara.
Kita tahu bahawa Barisan Nasional tidak sempurna 100% namun mereka jauh lebih baik dari pakatan rakyat yang terlalu kelam kabut dalam hala tuju dan perancangan. Biarlah negara ditadbir oleh Barisan Nasional yang sudah terbukti mampu menjaga keamanan negara dan rakyat.
http://www.pru14.tv/2014/11/07/isu-fatwa-sis-porak-perandakan-pas-lagi/#Sent from my iPhone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan