Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

09 April 2015

Dewan Rakyat bahas pindaan #AktaHasutan 1948 hari ini | Astro Awani

Dewan Rakyat bahas pindaan Akta Hasutan 1948 hari iniDi bawah pindaan baharu itu, individu yang dituduh di bawah Akta Hasutan 1948, tidak boleh dilepaskan dengan jaminan. 





KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini akan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) untuk meminda Akta Hasutan 1948 bagi bacaan kali kedua dan ketiga di Dewan Rakyat.

Ia akan dibahaskan oleh wakil-wakil rakyat kerajaan dan pembangkang sebelum diluluskan di Parlimen.

RUU berkenan yang tertera dalam turutan pertama Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul, bakal menyaksikan beberapa pindaan termasuk menjadikan perbuatan mengkritik kerajaan bukan lagi satu kesalahan.

Dalam pindaan tersebut juga, individu yang dituduh di bawah Akta berkenaan tidak boleh dilepaskan dengan jaminan.

Dalam cadangan pindaan seksyen baharu 5(a) Rang Undang-Undang (RUU) untuk meminda akta tersebut, antara lain menyatakan bahawa jika seseorang dipertuduh atas kesalahan di bawah Seksyen 4(1a) dan diperakui secara bertulis oleh pendakwa raya, tiada jaminan boleh diberikan kepadanya demi kepentingan awam.

Individu atau kumpulan yang memperalat agama bagi tujuan mencetuskan kebencian juga boleh didakwa di bawah RUU tersebut.

Berdasarkan kandungan pindaan, perenggan baharu dalam subseksyen 3(1) Akta 15 menyebut bahawa mana-mana pihak yang mengembangkan perasaan jahat, permusuhan atau kebencian antara pihak tertentu atas alasan agama dianggap sebagai satu kesalahan.

Selain itu pindaan Akta berkenaan turut memasukkan seksyen baharu iaitu Seksyen 5(b) yang bertujuan menghalang seseorang yang dituduh di bawah Akta Hasutan meninggalkan Malaysia.

Bacaan kali pertama untuk meminda RUU Akta Hasutan 1948 itu dibuat pada Selasa lalu dan telah dibentangkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.


http://m.www.astroawani.com/berita-malaysia/dewan-rakyat-bahas-pindaan-akta-hasutan-1948-hari-ini-57459


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate