Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

09 April 2015

#AktaHasutan: Pindaan Dibentang, Bantahan Pembangkang Gagal - Berita Semasa | mStar

Akta Hasutan: Pindaan Dibentang, Bantahan Pembangkang Gagal - Berita Semasa | mStar

Akta Hasutan: Pindaan Dibentang, Bantahan Pembangkang Gagal - Berita Semasa | mStar

KUALA LUMPUR: Hasrat pembangkang untuk menyekat perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) bagi meminda Akta Hasutan 1948 gagal apabila kerajaan bertegas mahu akta itu dibentangkan untuk bacaan kali kedua dan tiga ketika persidangan pada Khamis.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, perbahasan RUU berkenaan boleh diteruskan walaupun prosiding berhubung akta kontroversi itu masih tertangguh di Mahkamah Persekutuan.

"Saya berpandangan bahawa rang undang-undang ini masih boleh dibahaskan. Walaubagaimanapun saya berjanji akan berada di sini untuk mendengar semua perbahasan berkaitan Akta Hasutan.

"Namun saya mempunyai budi bicara untuk menentukan sama ada hujah itu boleh dibahaskan atau tidak," katanya di Dewan Rakyat pada Khamis.

Pandikar Amin Mulia

Terdahulu, Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) mengemukakan Peraturan Mesyuarat 36(2) yang menyebut bahawa Dewan Rakyat tidak boleh menyebut apa-apa perkara yang sedang dalam pertimbangan mahkamah sekiranya speaker yakin ia akan merosakkan kepentingan pihak yang berbicara.

"Seharusnya ditangguhkan perbahasan ini sehingga keputusan Mahkamah Persekutuan dibuat.

"Jadi saya berpendapat rang undang-undang ini seharusnya disekat daripada dibahaskan. Spekaer boleh menyekat sesuatu perbahasan itu diteruskan," kata Gobind sebelum sesi perbahasan bermula kira-kira pukul 11.40 pagi.

Selain itu menurut Gobind, tindakan kerajaan ini mengakibatkan subjudis terhadap kes saman pensyarah Universiti Malaya, Dr Azmi Sharom yang mencabar Akta Hasutan di Mahkamah Persekutuan kerana ia bertentangan dengan kebebasan bersuara sepertimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan, jelas beliau.

Bagaimanapun Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang bertanggungjawab membentangkan usul pindaan Akta Hasutan 1948 berkata, kerajaan yakin perbahasan bagi akta itu tidak subjudis dan kerajaan berhasrat mahu ia terus dibahaskan.

Bagaimanapun pertikaian berhubung tafsiran Peraturan Mesyuarat 36(2) terus berlarutan selama hampir sejam apabila beberapa wakil rakyat pembangkang termasuk Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) dan Hanipa Maidin (PAS-Sepang) bertegas mahu RUU itu disekat daripada dibahaskan.

Namun Ahmad Zahid akhirnya berjaya membentangkan RUU pindaan Akta Hasutan untuk bacaan kali kedua sebelum dibahaskan kira-kira pukul 12.45 tengah hari.

Pada 5 November tahun lalu, Mahkamah Tinggi memutuskan supaya dua isu perundangan dalam kes hasutan yang dihadapi Azmi dirujuk ke Mahkamah Persekutuan.

Dalam keputusannya, Hakim Kamardin Hashim berkata, setelah meneliti hujahan bertulis pemohon (Azmi) dan responden (pendakwaan), beliau berpandangan bahawa kes terhadap pemohon adalah sesuatu kes yang wajar untuk dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan sebagai suatu kes yang khas.

Kamardin juga memerintahkan semua prosiding kes itu di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Sesyen digantung sementara menunggu Mahkamah Persekutuan membuat keputusan mengenai kedua-dua isu berkenaan.

Pada 17 September tahun lalu, Azmi memfailkan permohonan bagi mendapat perintah agar Mahkamah Tinggi merujuk dua persoalan undang-undang itu kepada Mahkamah Persekutuan bagi menentukan sama ada Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 berpelembagaan atau tidak.

Azmi juga memohon perintah agar pertuduhan yang dihadapinya digantung atau dibatalkan.



Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate