Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

19 April 2015

#PRKPermatangPauh : AMK tidak peduli desakan Pemuda Pas Minta Maaf

AMK tidak peduli desakan Pemuda Pas - Politik - Utusan Online

AMK tidak peduli desakan Pemuda Pas

Keratan Utusan Malaysia  17 April 2015.

PULAU PINANG 18 April – Angkatan Muda Keadilan (AMK) tidak mempedulikan desakan Dewan Pemuda Pas negeri supaya mereka memohon maaf dan menarik balik kenyataan yang menggesa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meletakkan jawatan.

Timbalan Ketua AMK negeri, Khairil Anuar Kamaruddin berkata, ini kerana pihaknya beranggapan bahawa desakan itu bukan pendirian Pas, sebaliknya hanya kenyataan peribadi Ketua Dewan Pemuda Pas negeri, Mohd. Yusni Mat Piah.

Dalam masa sama, beliau menegaskan, isu kerjasama antara pembangkang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh tidak sepatutnya timbul.

"Kepemimpinan pembangkang di peringkat Pusat sudah pun mengeluarkan arahan kepada kepemimpinan negeri dan ahli akar umbi mengenai kerjasama pakatan pembangkang (dalam PRK Permatang). 


"Jadi, fokus utama sekarang ialah bekerja kuat untuk mengekalkan kemenangan di Parlimen Permatang Pauh," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini semalam.
Semalam, Mohd. Yusni memberi kata dua kepada AMK negeri supaya memohon maaf dan menarik balik desakan agar Abdul Hadi berundur daripada parti itu sekiranya mahu menggunakan jentera Pemuda Pas negeri dalam PRK berkenaan.

Gesaan itu dibuat selepas Mohd. Yusni menyifatkan ahli-ahli Pemuda Pas negeri masih terasa dengan kenyataan tersebut sekali gus berasa tidak selesa untuk bekerjasama dalam program sepanjang kempen PRK berkenaan termasuk dengan Pemuda Sosialis DAP (Dapsy) negeri.
Khairil Anuar sebelum ini pernah membuat kenyataan mendesak Abdul Hadi berundur daripada Pas kerana dilihat menjadi liabiliti kepada usaha mengukuhkan pembangkang menerusi tindak-tanduk yang disifatkan beliau 'mesra UMNO'.


Dalam pada itu, ditanya sama ada AMK negeri akan memohon maaf dan menarik balik kenyataan mereka seperti didesak Dewan Pemuda Pas negeri, Khairil Anuar bagaimanapun tidak memberikan sebarang penjelasan.



Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate