"Menang jadi arang, kalah…"
Menjelang pemilihan Presiden Pas pada Muktamar Jun tahun ini nanti, kemungkinan terjadi senario luar jangka tidak boleh ditolak. Kalau kumpulan ulama menang, apa akan jadi kepada geng Anwarinas. Adakah geng Anwarinas akan menggunakan platform Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) diterajui Presidennya, Datuk Ir. Phahrolrazi Zawawi, untuk diaktifkan sebagai parti politik.
Difahamkan, kumpulan ulama akan membariskan Abdul Hadi calon Presiden; Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Timbalan Presiden) manakala untuk Naib Presiden menampilkan Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad; Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah dan ajk Pas Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi.
Grup Anwarinas pula dengan Husam selaku calon Presiden; Mohamad Sabu (timbalan) berserta barisan naib presidennya, Salahuddin, Hanipa dan Mujahid. Tetapi bagaimana pula andai kata kumpulan ulama tewas?
Sebab itu ada kemungkinan besar pemilihan Pas kali ibarat 'peperangan' yang bakal menyaksikan yang 'kalah jadi abu, menang jadi arang'.Apatah lagi, dengan cara kempen yang kedengaran dahsyat sekali sehingga mencaci dan mencerca kumpulan ulama parti itu.
Dengan DAP enggan berurusan dengan Abdul Hadi, adakah ini bermakna parti itu sudah campur tangan dalam menentukan pucuk pimpinan Pas? Guan Eng tentu sekali tidak mahu 'bakar jambatan' dengan Pas kerana kedudukannya di Pulau Pinang pun bergantung kepada Pas.
Di kota London, saya memanjatkan doa, barang dijauhkan "menang jadi arang, kalah jadi abu" dalam mana-mana perjuangan politik Melayu. Selami, hayati dan laksanakan peringatan Sultan Nazrin.
DATUK AHMAD FARIS ABDUL HALIM ialah penganalisis isu-isu semasa.
Sent from my iPhone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan