Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

24 Mei 2015

Luahan Hati Prof Isu Lelaki Kelantan Oleh Akhbar KOSMO

HEBATKAH RAKYAT KELANTAN?

Jika dirujuk kepada tulisan akhbar Kosmo, lelaki Kelantan tidak hebat. Lelaki Kelantan banyak masalahnya.

Tadi pagi, saya berjumpa dengan ramai penyokong bola Kelantan yang berduyun hendak ke Stadium melam ini. Ada yang bertamu ke rumah saya. Mereka cakap tentang tidak betulnya tulisan tentang 'Lelaki Kelantan' yang terbit di akhbar Kosmo.

Kata mereka, etika kewartawanan Kosmo rosak teruk. Setiap penulisan tentang Lelaki Kelantan penuh dengan ayat-ayat yang boleh boleh mencetuskan provokasi.

"Mengapa perlu ditulis tajuk yang sedemikian? Apakah istimewanya kejahatan orang Kelantan ni sampai akhbar Kosmo perlu sensasi tajuk yang keterlaluan sebegitu. Kenapa, contohnya tidak dibuat tajuk sensasi untuk negeri lain. Contohnya, Lelaki Selangor bunuh janda di Kuala Selangor, Lelaki Johor merogol kanak-kanak, atau Lelaki Sarawak didapati membunuh."

Etika kewartawanan sejati tidak mengajar perilaku sebegini. Fungsi akhbar adalah untuk menyampaikan natijah dan ilmu untuk masyarakat. Dulu bangsa Melayu kuat dan bersatu di zaman nasionalisme kerana akhbarlah yang menjadi nadi penyebaran maklumat.

Wartawan hebat seperti Abdul Rahim Kajai, Ahmad Boestaman dan juga Ishak Haji Muhammad adalah contoh kepada kehebatan pena dan idea untuk peradaban anak bangsa.

Semakin Kosmo menganaktirikan negeri Kelantan maka semakin kuatlah perpaduan rakyatnya. Kenapa? Ini kerana Kelantan adalah puncak peradaban bangsa.

Kata kawan saya: "Bolehkah Kosmo highlightkan berapa ramai ahli akademik seperti guru dan pensyarah yang berasal dari Kelantan, berapa ramai pegawai tinggi kerajaan yang merupakan anak Kelantan, berapakah bilangan anak Kelantan yang menjadi jurutera di Petronas, TNB, Telekom dan sebagainya serta berapa banyakkah peguam dan ahli korporat berjaya yang berasal dari Kelantan?"

Tak habis kalau nak cerita kehebatan orang Kelantan ni. Malam ini pula Kelantan bermain di final Piala FA. Hebatkan Kelantan!

https://m.facebook.com/mohammadagus.yusoff/posts/10206937321654568

Sepatutnya Kosmo tidak menggunakan tajuk seumpama ini lagi pada masa akan datang.

Ini tidak perlu dikait denga politik atau Utusan Malaysia namun satu teguran ikhlas kerana ia menyinggung perasaan rakyat Kelantan...

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate