Pengikut Blog Panglima

22 Mei 2015

RMK11 : KDN pastikan keselamatan rakyat, negara terjamin


22 Mei 2015 1:59 AM

KUALA LUMPUR 21 Mei – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menjadikan matlamat Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) berada di landasan betul dengan menjamin keselamatan rakyat dan negara.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, dengan pelbagai peruntukan yang disediakan kerajaan menerusi RMK-11, keharmonian dan keselamatan rakyat akan lebih terjamin.

"Keselamatan rakyat dan negara akan dipacu bukan sekadar secara berhemah tetapi disantun dengan penuh ketegasan dalam melaksanakan sistem perundangan tanpa memilih atau terpilih.

"Pasukan keselamatan tidak akan sesekali bertoleransi terhadap aktiviti jenayah atau mereka yang memperlekehkan undang-undang negara,'' katanya dalam satu kenya­taan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO berkata, RMK-11 harus dili­hat sebagai ke­si­nambungan legasi pemimpin yang diterjemah sebagai amanah kepada perit-jerih perjua­ngan.

Katanya, RMK-11 hadir pada masa yang tepat terutama dalam usaha memulihkan ekonomi rakyat secara berkesan khususnya kepada kumpulan 40 peratus yang berpendapatan bulanan RM2,500 ke bawah.

"Dalam tempoh lima tahun akan datang, negara akan dipacu untuk memastikan Wawasan 2020 dengan pelbagai penambahbaikan berskala besar sekali gus menjelaskan Malaysia sebagai negara maju," katanya.

Utusan Malaysia

Catat Ulasan