Pengikut Blog Panglima

05 Mei 2015

"Tangkap orang yang langgar ayah saya", luah Nur Firuza Amira kepada Menteri @Zahid_Hamidi | Astro Awani







"Tangkap orang yang langgar ayah saya", luah Nur Firuza Amira kepada Zahid

KUALA LUMPUR: "Tangkap orang yang langgar ayah saya," kata adik Nur Firuza Amira Fairuz Nizam kepada Menteri  Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Permintaan itu disampaikan adik Nur Firuza Amira ketika Zahid menziarahi keluarga keluarga Fairuz Nizam Husain, mangsa nahas kemalanganmelibatkan dua buah MyVI dan sebuah Pajero awal pagi Sabtu lepas.

Nur Firuza Amira, 7 dan adiknya Nur Firuza Aqila,4, menjadi yatim piatu selepas ibu bapa dan adik mereka terlibat dalam kemalangan tersebut.

Kemalangan yang berlaku di Kilometer 6.2, Lebuh Raya Duta-Ulu Klang (Duke), awal pagi Sabtu itu mengorbankan Fairuz Nizam,35 bersama isterinya Nova Safitri Azhari,27, dan bayi mereka yang berusia 7 bulan, Nur Firuza Annisa.

BACA'Kami beri kerjasama, sokong pemandu Myvi bersalah dihukum' - Wakil FMC

WAWANCARA KHASSaksi terawal ceritakan detik cemas kemalangan DUKE

CCTVRakaman CCTV bukti pemandu kereta Myvi seperti berlumba


Dalam kejadian kira-kira pukul 1.05 pagi itu, kenderaan utiliti sukan (SUV) Pajero Sport yang dinaiki mereka berlanggar dengan dua buah Perodua Myvi sebelum terbalik.

Mangsa, Fairuz Nizam Husain yang memandu Pajero Sport disahkan maut di tempat kejadian sementara isterinya, Nova Safitri Azhari, dan bayinya, Nur Firuza Annisa yang turut tercampak ke jalan raya dilaporkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Berdasarkan maklumat yang menjadi viral di laman sosial, kemalangan dipercayai berpunca daripada enam kereta Perodua Myvi yang sedang berlumba sebelum dua daripadanya bergesel dan merempuh sehingga Pajero Sport yang dinaiki mangsa berpusing dan terbalik.


Sent from my iPhone
Catat Ulasan