Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

08 Februari 2016

Debat Mufti Perlis @realdrasri vs Dr Zamihan 10 Feb 2016 Dibatalkan ???


Beberapa hari ini heboh didengari kisah debat yang sekian lama ditawarkan oleh Dr Zamihan akhirnya diterima oleh Mufti Perlis. Selepas fitnah demi fitnah dilemparkan kepada beliau sebagai Syiah.

Ia berlaku selepas beberapa negeri mula bangkit mengharamkan pendakwah wahabi dan juga mengharamkan fahaman wahabi itu sendiri seperti Negeri Sembilan dan Johor.

16 penceramah telah dikenalpasti membawa virus wahabi dan Johor pantas bertindak menghalangnya dengan menyenaraihitamkan pendakwah pro wahabi dari memasuki negeri Johor Darul Takzim.

Situasi ini barangkali membawa kepada penerimaan diskusi oleh Mufti Perlis demi menyelamatkan maruah gerombolannya selepas sekian lama mendiamkan diri apabila ditawar berdebat isu ini.

Memandangkan Dr Zamihan mempunyai tugas rasmi di Kelantan dan tawaran dibuat dalam masa pendek maka difahamkan Abu Syafiq mahu memenuhi jemputan tersebut demi menjernihkan persoalan khilafiah dan akidah berhubung fahaman wahabi ini.

Berikut kenyataan beliau di Channel Telegram Abu Syafiq 'Kelas Ahli Sunnah Hakiki'  dipercayai dikendalikan oleh pihak beliau pada 7.43 pagi 7 Feb 2016 :


1- Saya difahamkan Ustaz Zamihan tidak dapat hadir ke  Diskusi 10hb Feb 16 kerana ada tugas rasmi di Kelantan.

2- Saya sebelum ini berkali-kali menawarkan diskusi bersama DrMAZA dan beliau BERSETUJU. Beberapa hari lepas pula saya menawarkan diskusi isu Wahabi, Syiah dan ASWJ kepada beliau utk diadakan pada 9hb Feb 16 dan telah menghubungi, send surat, sms, whatsaap kepada beliau dan pelbagai lagi wasilah saya telah gunakan.

3- Oleh kerana DrMAZA telah maklumkan dia akan hadir pada 10hb Feb 2016 dan tiket telah dibeli maka saya menawarkan diri untuk berdiskusi pada hari tersebut dengan beliau yang berani itu.
Cuma beliau perlu confirm kan persetujuan dengan menghubungi tel hp saya 0192713781 utk sy bertolak dari Kuantan ke Putrajaya.

* Diskusi 9 atau 10 Feb ini jika MAZA setuju saya berjanji ia akan berjalan dengan suasa harmoni dan beradab bukan mencari siapa hebat siapa menang. DrMaza boleh tegur saya dgn baik dan begitu juga sebaliknya.

- Salam Ukhuwwah Perdebatan khas buat MAZA. - Dari saya Abu Syafiq



Satu poster juga turut disiarkan di situ



Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate