Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

23 Februari 2016

Istihalah Difatwa Haram Majlis Fatwa Kebangsaan Wahai Mufti Perlis @realdrmaza @tv3malaysia



Pagi ini merujuk kenyataan seorang doktor dalam rancangan Malaysia Hari Ini di TV3 berkenaan Istihalah.

Proses menghalalkan sesuatu yang berasaskan Babi dan Anjing (haram) disebut Istihalah atau transformasi.

Namun selepas membaca beberapa kenyataan didapati Majlis Fatwa Kebangsaan sudah membuat ketetapan berhubung perkara ini.

Lebih jelas kita menolak penggunaan DNA Babi kerana masih ada pilihan yang ada dan belum sampai ke tahap darurat.

Sebagai mengikut mazhab Imam Syafei sudah tentu majoriti akan memilih pandangan Imam tersebut yang sudah mengupas isu ini dengan karomah ilmu Allah kurniakan kepada beliau seperti ditulis oleh Pengerusi MURSHID Dr Zaharuddin Ab Rahman seperti berikut :

PANDANGAN SILAM 

Manakala mazhab-mazhab Fiqh silam pula terbahagi kepada dua kumpulan besar dalam menanggapi istihalah ini.

1. Mazhab Hanafi, sebahagian besar ulama Maliki, Ibnu Taimiyah dan Zohiri berpandangan jika berubah zatnya kepada benda baru maka ia tidak lagi najis dan bertukar menjadi suci dan boleh digunakan atau dimakan.

2. Mazhab Syafie, Imam Ahmad dan Imam Abu Yusuf berpandangan istihalah tidak boleh berlaku kepada najis ain termasuk babi. Justeru, ia tetap tidak halal.


http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/1032-polemik-dna-babi-dalam-makanan-a-istihalah-transformasi.html



Pandangan Mufti Perlis pula sangat berbeza di mana beliau menggunakan fatwa Dr Yusuf Al Qaradawi berhubung isu ini seperti berikut :

Mengulas lanjut mengenai hujah Dr Yusuf, Dr Asri menjelaskan bagaimana sesuatu yang dianggap haram boleh menjadi halal sebenarnya jika menggunakan konsep 'istihalah'.

Istihalah ialah perubahan dan pertukaran sesuatu benda kepada suatu benda lain yang meliputi pertukaran hakikat dan bentuk benda tersebut.

"Apabila sesuatu yang tidak bersih telah melalui satu proses yang membuatkan ia telah kehilangan ciri-ciri asalnya ia tidak akan dinilai mengikut asalnya kerana ia telah benar-benar berubah," kata beliau sambil menambah bahawa bahan itu harus dinilai melalui ciri-ciri baru.

"Penjelasan mudah; perubahan dalam sifat bahan setelah melalui proses tertentu ini disebut sebagai istihalah," katanya.

Dr Mohd Asri mengulas perkara berkenaan dilaman Facebooknya dengan mengambil contoh baja yang digunakan ketika menanam pokok pisang.

“Buah pisang halal dimakan. Tidak dikatakan buah pisang itu bernajis sebab subur dengan baja najis,” tulis beliau.

Beliau juga menggemukakan contoh arak yang bertukar menjadi cuka; ataupun, bangkai yang bertukar menjadi garam ataupun tanah.

Dr Asri berkata Majlis Fatwa Eropah, al-Qaradawi, Wahbah al-Zuhaili dan lain-lain juga memberikan pandangan mereka tentang DNA babi yang terdapat secara meluas dalam makanan dan barangan di dunia ini sekarang.




Memang benar kita boleh memilih apa jua pandangan namun kena diingat bahawa pandangan majoriti ulama perlu diambil kira dalam hal ini kerana Majlis Fatwa Kebangsaan dianggotai Mufti negeri-negeri yang alim dan ulama dan kita tidak wajar mengambil pandangan selainnya....

Harap penerangan ini dapat memberi pencerahan kepada rakyat Malaysia agar tidak lagi keliru dalam hal ini.


Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate