Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

22 Februari 2016

TPM @Zahid_Hamidi Terus Dihentam Walau Tangguh Pekerja Asing #konspirasi #bangladesh




Presiden PERKASA Dato Ibrahim Ali nampaknya seperti menambah minyak ke dalam api apabila membuat kenyataan mempertikaikan penangguhan pengambilan asing oleh TPM DS Dr Ahmad Zahid Hamidi. 




Video di sini : 








Sedangkan keputusan menangguhkan semua pengambilan pekerja asing bukan lakonan bahkan keputusan yang dibuat selepas dibincang dengan YAB PM. 




Sebelum itu Tan Sri Rafidah Aziz juga mengatakan tindakan kerajaan flip flop apabila menukar keputusan selepas menandatangan MOU dengan Bangladesh. 




Tidak cukup dengan itu DS Ahmad Zahid juga difitnah dengan senarai beratus syarikat didakwa milik beliau dalam media sosial termasuk Whatsapp dan Telegram.




Dalam masa yang sama anak beliau yang sulung Dato Nurul turut dijadikan sasaran selepas gagal menembusi perisai maruah beliau.

Hingga menukar nama instagram juga dijadikan berita untuk memburukkan nama beliau.

Yang menyedihkan apabila anggota kabinet dilihat hanya memdiamkan diri sahaja tanpa membuat kenyataan menyokong kecuali beberapa orang seperti KJ dan Azalina.

Sedangkan semua tahu keputusan ini adalah keputusan kabinet yang wajib dipertahan oleh semua anggota kabinet.

Dilema ini tidak mampu menghalang YAB TPM kerana beliau akan terus mengambil langkah demi memastikan kepentingan negara dan rakyat akan terus terpelihara.

Kita yakin keberanian mengambil keputusan dan melaksanakannya akan terus menjadi pegangan dan prinsip sebagai seorang yang benar benar berjiwa besar dan tinggi karisma bukan jenis pondan dan takut ambil risiko serta hanya pandai berselindung di sebalik orang.





Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate