KENYATAAN AKHBAR VETERAN UMNO MALAYSIA
1. Veteran UMNO Malaysia kesal dan kecewa dengan tindakan JAKIM yang memanggil balik pegawainya yang dipinjamkan kepada KDN ekoran kemelut debat diantara Mufti Negeri Perlis dengan Dr Zamihan. Walaupun JAKIM berhak berbuat begitu kerana Zamihan pegawainya yang dipinjamkan kepada KDN, tapi ianya langkah terburu-buru dan tidak berpandangan jauh serta bermotif politik.
2. Zamihan telah banyak menyumbang kepada usaha-usaha pemulihan tahanan yang terbabit dengan gerakan pengganas dan ekstremis ugama serta pemulihan aqidah ajaran sesat. Beliau juga banyak menyumbang kepada usaha membenteras ajaran Syiah dan Wahabi dinegara ini. Antaranya memberi taklimat kepada Mesyuarat Raja-Raja Melayu mengenai bahaya Syiah. Peranannya diterima baik oleh PDRM dan banyak program untuk memberi kefahaman tentang pengganas IS diadakan bersama PDRM.
3. Adalah satu kesilapan besar yang dilakukan oleh JAKIM apabila memanggil balik Zamihan dari KDN. Langkah itu dilihat sebagai usaha JAKIM untuk melindungi dan memberi kemenangan moral kepada pihak lain yang mahu melihat Zamihan menutup mulut memperjuangkan hal-hal penyelewengan aqidah dinegara ini. Veteran amat bimbang fenomena ini akan berkembang dan menjadi penyakit yang akan sukar diubati akibat kejahilan aqidah mereka yang sepatutnya bertanggungjawab membetulkan aqidah itu.
4. Veteran UMNO sudah lama memerhati tindakan golongan yang cuba menyibar luas fahaman Wahabi dibegara ini. Veteran juga sedar gerakan Wahabi telah berjaya menempatkan tokoh-tokoh mereka dalam parti politik,institusi ugama,kerajaan. Malah, mereka juga mempunyai kader-kader dalam media.Veteran ingin memberi amaran kepada kerajaan, sekiranya wabak ini tidak dibenteras dengan tegas, maka Malaysia akan berdepan dengan masalah besar yang akan melibatkan rakyatnya rosak aqidah dan sarang gerakan ekstremis IS. Oleh itu, Veteran mencadangkan supaya PDRM memberi taklimat khas kepada semua pegawai JAKIM, Mufti dan Majlis Ugama Islam Negeri-Negeri tentang bahayanya gerakan IS.
DATUK HJ MUSTAPHA YAAKUB
Setiausaha
Veteran UMNO Malaysia.
18 Februari 2016
Sent from my iPhone
YDP Blogger Pembela Negara (BPN) Malaysia / Chief Blogger Of National Defence
Translate
Video Pilihan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan