Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

30 Jun 2016

Kafir Harbi : Mufti Pahang vs Dr Maszlee IKRAM klon IRC JIM

Pandangan Dr. Maszlee Terhadap Kenyataan Mufti Pahang - Satu Ulasan.

Satu pemerhatian yang saya dapat lihat pada pandangan Dr Maszlee Malik, seorang pensyarah Universiti Islam Antarabangsa dan merangkap ahli Syura Pertubuhan Ikram (Ikram) berhubung kenyataan Mufti Pahang sebagaimana yang dilaporkan oleh portal Malaysiakini (https://www.malaysiakini.com/news/346461) ialah kecepatan beliau mengulas dan merumuskan isu tersebut yang titik hujungnya berakhir dengan ISIS.

Saya tidak akan menyentuh tentang isu kafir harbi (yang lebih sesuai dibahaskan oleh pakar-pakar yang lebih berwibawa) di sini. Akan tetapi, isu ini melucur laju dari beliau tanpa upaya pengesahan dari Sahibus Samahah Mufti Pahang sendiri akan maksud atau konteks sebenar yang beliau ingin sampaikan.

Dan di sinilah, pada pandangan saya, satu kesalahan "fatal" telah dilakukan oleh Dr Maszlee, yang kesarjanaannya tercemar apabila merujuk kepada satu portal berita yang memuatkan satu berita yang dikutip dari sumber berita lain pula. Sahibus Samahah Mufti Pahang seolah-olah digambarkan sebagai seorang Muslim yang berjawatan tinggi dan menjadi rujukan masyarakat Islam di dalam sebuah institusi Islam yang penting, tetapi mempunyai pendirian yang menyokong keganasan!

[Satu catitan sampingan: Umum mengetahui bahawa Dr Maszlee adalah salah seorang anggota senior Ikram yang mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan Parti Amanah Negara (PAN), sekutu rapat (malah ada yang menyifatkan PAN sebagai proksi) kepada DAP. Bukan lagi satu rahsia bahawa penubuhan PAN sendiri berkait rapat dengan Ikram (dahulunya dikenali sebagai IRC/JIM) di mana ramai pimpinan dan ahli Ikram telah "graduate" dari Ngo ini untuk terlibat sepenuh masa dengan PAN. Ikram sendiri (menurut satu sumber dalaman) mempunyai rancangan untuk menghantar lebih kurang 20% daripada kekuatan keahliannya untuk terlibat dengan PAN.

Pilihanraya Kecil di Kuala Kangsar baru-baru ini juga menyaksikan seorang bekas pimpinan Ikram yang dikenali sebagai "strategist" Ikram tampil sebagai calon PAN mewakili gabungan parti-parti pembangkang untuk bertanding di dalam pilihanraya tersebut. Timbalan Presiden PAN sendiri juga merupakan mantan Naib Presiden Ikram.

Analisis pasca-pilihanraya kecil di Kuala Kangsar di Kuala kangsar dan Sungai Besar mendapati calon PAN mendapat undi terbanyak dari para pengundi Cina dan terlalu sedikit daripada pengundi-pengundi Melayu.

Poinnya ialah terdapat persamaan agenda yang sangat banyak antara Ikram dan PAN serta satu "ikatan" politik yang amat rapat antara PAN dan DAP.]

Justeru itu saya tidak hairan Dr Maszlee akan mengambil pendirian yang cenderung kepada agenda politik PAN.

Walau bagaimanapun, mengaitkan kenyataan yang belum dikenalpasti kesahihan dari sumber primer lalu menyentuh aspek perang atas bukan-Islam, kehalalan darah mereka dan ancaman ISIS adalah, pada pandangan saya, satu buah fikiran yang tidak bertanggung jawab, tergesa-gesa, berprejudis dan tidak melambangkan nilai kesarjanaan seorang pensyarah tersohor dari Universiti Islam Antarabangsa, apatah lagi sebagai anggota senior pertubuhan Ikram.

Lebih-lebih lagi dalam suasana negara Malaysia yang sedang diancam oleh agenda merbahaya ISIS secara terbuka dan "real".

Beliau telah terjatuh ke dalam perangkap pemikiran orientalis liberal yang sejak berkurun-kurun lamanya sepanjang sejarah Islam telah menggambarkan sudut-sudut negatif dan menakutkan di sebalik istilah Jihad. Hakikat bahawa ISIS adalah kumpulan penyeleweng yang menyalahgunakan ugama tidak dapat dinafikan dan tidak ada seorang Muslim yang siuman yang akan menyokong mereka. Mereka tidak mewakili Islam atau mewarisi perbendaharaan ilmu dan kefahaman tentang apa itu pengertian Jihad yang sebenarnya di dalam Islam.

Bagaimanapun, Dr Maszlee telah "opened the floodgates"(membuka laluan) pertama kepada serangan bertali arus terhadap institusi-institusi Islam, upaya memperkasakan kedaulatan sistem keadilan dan kehakiman Islam dan inisiatif umat Islam untuk menuntut kembali hak-hak yang telah dirampas dari mereka secara licik, tipu muslihat dan tipudaya oleh para kolonialis dan penjajah British. Golongan bukan-Islam yang anti pada Islam tentunya tidak akan melepaskan peluang ini.

Tidak ada apa yang pelik, merbahaya atau mengejutkan dari kenyataan-kenyataan Sahibus Samahah Mufti Pahang. Bantahan terawal, keras dan spontan parti rasis cauvinis DAP terhadap Rang Undang-undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan) 2016 yang dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanyalah satu contoh klasik ciri-ciri penentangan mereka terhadap suatu perkara yang menyentuh kepentingan umat Islam semata-mata.

Kalau kita kumpulkan dan senaraikan semua episod penentangan terhadap Islam, institusi-institusi Islam dan perkara-perkara yang melibatkan kepentingan umat Islam sebelum ini bukan sahaja oleh DAP, malah oleh MCA, Gerakan, MIC dan seumpamanya, kita akan dapati bahawa kenyataan Mufti Pahang adalah berasas dan ada rasionalnya. Sebutlah apa sahaja isu melibatkan Islam, institusi-institusinya dan kepentingan umat Islam, kalau bukan parti rasis DAP itu yang memulakannya, DAP pasti akan masuk campur kemudiannya, secara langsung mahupun tidak langsung.

Jadi, Sahibus Samahah Mufti Pahang hanya memberi respon kepada senario penentangan terhadap RUU yang dimulakan sendiri oleh parti rasis cauvinis DAP itu!

Yang jadi mangsa di sini bukanlah DAP! Bahkan parti itulah yang paling konsisten dan agresif dalam menyuarakan bantahan dan penentangan mereka. Dan lazimnya, akan muncullah suara-suara yang senada dengan parti rasis cauvinis itu dari MCA, Gerakan atau pihak-pihak yang sentiasa suka "cari pasal".

Janganlah demi "mempertahan"kan parti rasis cauvinis DAP atau "mengambil hati" kawan, kita membelakangkan objektiviti dan kesarjanaan ilmu kita.

Perlu juga diingatkan bahawa pengertian dan maksud dari Jihad bukan sesempit "pembunuhan" dan "halal darah" sepertimana yang cuba dinisbahkan oleh Dr Maszlee. Terdapat di sana "Jihad" dalam politik yang saya boleh gambarkan sebagai satu gerakerja massa secara tersusun dan terancang untuk memenangkan agenda Islam dan menegakkan kedaulatan umat, memberi perlawanan kepada gerakan-gerakan atau perjuangan yang membawa agenda kufur, liberal, anti-ugama, evangelis, Syiah dan seumpamanya.

Jihad yang telah disempit dan disepitkan hari ini sudah bertukar menjadi satu kalimah yang meng "khunsa"kan semangat kepahlawanan dan meruntuhkan maruah seseorang Muslim. Maka jadilah satu senario di mana apa sahaja bentuk penentangan dari pihak bukan-Muslim dan kafirin cuba dirasionalkan atau dilunakkan melalui dalil dan nas Syarak.

Lebih mengejutkan lagi, apabila terdapat  sebahagian umat Islam sendiri yang akan bersusah payah untuk menjadi "first line of defence" (barisan pertama pertahanan) yang akan men"dindingi" pihak bukan-Islam dan kafirin dari "serangan-balas" (yang munasabah dan tabii sebenarnya) dari masyarakat Islam secara umummya terhadap keceluparan dan usaha untuk campurtangan dalam urusan-urusan yang melibatkan kepentingan Islam dan umatnya.

Keadaan menjadi lebih parah apabila terdapat sebilangan kecil dari umat Islam yang meletakkan "pertarungan" politik antara Islam dan bukan-Islam di luar radar dan pengertian Jihad. Sedangkan wilayah politik adalah antara sempadan yang paling senang dicerobohi oleh hawa nafsu. Wilayah politik adalah sama perlu kepada garispanduan dari Syarak, sebagaimana amalan-amalan ibadah lain juga akan tertolak sekiranya bercanggah dengan Syarak.

Maka, Syarak jugalah yang menjadi penentu kepada hubungan antara parti politik, antara interaksi sesama Muslim-bukan-Muslim dan dalam menentukan nilai Wala' dan Barra' (kesetiaan dan berlepas diri). Ia tidak akan membenarkan hawa nafsu yang menjadi kayu pengukur kepada hubungan kesetiaan atau kerjasama di antara kumpulan Islam dengan kumpulan bukan-Islam, hatta kepada hubungan politik antara parti-parti politik sekalipun.

Halal atau haramnya hubungan politik antara parti-parti tidak ditentukan oleh strategi atau maslahat politik, atau agenda perjuangan yang serupa, atau personaliti, atau warna, lambang, logo dan slogan parti, atau sejarah atau bilangan keahlian parti tersebut.

Pada setiap masa dan fasa, baik di awal atau akhirnya adalah ditentukan oleh Syarak. kalau tidak, ia hanya diurustadbir dan dikawalselia oleh hawa nafsu semata-mata. "Good governance" ialah bagaimana semua itu beroperasi di dalam eko-sistem yang menepati Syarak.

Justeru itu, saya ingin menasihati Dr Maszlee dan kawan-kawannya di dalam Ikram supaya jangan terlalu obses dengan "form" (aspek luaran), akan tetapi lihatlah kepada "substance" (hakikatnya).

Janganlah semangat baru yang timbul apabila memiliki platform politik sendiri menjerebukan pandangan dan jangkauan retina terhadap "the  elephant in the room" (hakikat besar yang terpampang di depan mata) yang ingin menghakis saki baki keaslian perjuangan Islam yang masih berbaki pada kalian.

DAP (dan sudah tentu MCA dan Gerakan) secara "substance" nya memang anti-Islam, walaubagaimana hebat sekali seseorang atau kumpulan itu ingin menafikannya.

"Crocodile tears" Lim Kit Siang pun tidak akan memadamkan hakikat ini.

*******************************

Nota kaki: Saya menyarankan para pembaca semua meneliti hujah-hujah dari Al Fadhil Ustaz Fauzi Asmuni, ahli Jawatankuasa ISMA Pusat tentang "track record" cemerlang parti rasis cauvinis DAP ini terhadap Islam dan umat Islam di negara kita:

http://satuperkongsian.com/2016/06/26/zimmi-la-sangat/

Semoga bermanfaat.

#SyarakPenentuSegala
#TolakDAP
#TolakPAN
#TolakPersekongkolanAntiIslam
#FahamiSubstance
#TolakCrocodileTears

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate