Pengikut Blog Panglima

16 Jun 2016

TPM @Zahid_Hamidi Bidas @RafiziRamli Takut Berdepan Pihak Didedahkan Oleh Beliau

Pengundi Atas Pagar Diminta Tidak Terpengaruh Dakyah Pembangkang

KUALA KANGSAR, 15 Jun – Pengundi atas pagar di Kuala Kangsar dinasihat supaya tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang sepanjang kempen pilihan raya kecil (PRK) di sini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO berkata pihak pembangkang pastinya akan melakukan pelbagai percubaan pada hari-hari terakhir kempen untuk menggoyahkan sokongan dan dukungan pengundi terhadap Barisan Nasional (BN).

Orang ramai tidak perlu mendengar apa-apa khabar angin yang dilontarkan pihak-pihak tertentu yang boleh menggoyahkan kepercayaan mereka terhadap kerajaan.

"Saya, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan Menteri Besar (Datuk Seri Zambry Abd Kadir) serta seluruh jentera di Kuala Kangsar mengharapkan apa yang kita jadikan sebagai akujanji akan dilaksanakan," katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian selepas majlis Himpunan Sahabat Amanah Ikhtiar (AIM) Parlimen Kuala Kangsar serta ulang tahun Kelab Usahawan AIM kawasan Parlimen Kuala Kangsar di sini hari ini.

Selain itu, Ahmad Zahid turut meminta jentera BN agar bersiap sedia dengan kemungkinan pelbagai serangan pembangkang termasuk provokasi.

PRK kawasan Parlimen Kuala Kangsar akan diadakan 18 Jun ini berikutan kematian penyandangnya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau Sarawak pada 5 Mei lepas.

Ia menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon BN, PAS, Parti Amanah Negara (Amanah) dan Bebas.

Ditanya mengenai tindakan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli mempertikaikan kononnya isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor ke Istanbul, Turki dengan menaiki jet peribadi, Ahmad Zahid berkata pemimpin pembangkang itu perlu bersikap 'berani kerana benar, takut kerana salah'.

"Ini merupakan satu manifestasi bahawa orang yang dipanggil tokoh (Rafizi) yang berani mendedahkan penyelewengan, skandal tapi sebenarnya tidak ada keberanian.

"Beliau sepatutnya berani berdepan dengan media atau wakil kepada individu yang dituduh itu," katanya.

Ahmad Zahid mengulas insiden pegawai khas kepada isteri Perdana Menteri Datuk Rizal Mansor yang dihalang daripada menyertai sidang media Rafizi mengenai isu jet itu hari ini.

http://www.umno-online.my/2016/06/15/pengundi-atas-pagar-diminta-tidak-terpengaruh-dakyah-pembangkang/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=twitter

Catat Ulasan