Fitnah dan pembangkang berpisah tiada. Jika mahu jadi pembangkang maka fitnah kena jadi makanan harian.
Selepas fitnah jangan lupa minta maaf atau kata 'saya bergurau.' Petua terbaik pemimpin pembangkang lakukan untuk dicontohi rakyat.
Hari ini fitnah tersebar lagi bahawa TPM diserang Stroke. Nauzubillahiminzalik.
Walhal beliau sihat walafiat dan telah bertemu pemimpin Thailand semalam di Putrajaya tanpa sebarang masalah kesihatan.
Meskipun baru tiba ke Malaysia dari perjalanan sangat jauh selama 21 jam dari Amerika.
Banyak rundingan telah dicapai kejayaan termasuk isu rakyat Thailand yang miliki dua warganegara dan senarai nama 10 suspek kes pemerdagangan manusia di Wang Kelian.
Apakah kejayaan demi kejayaan ini menjadikan pembangkang kecut perut lalu diserang 'stroke' politik peringkat kritikal ???
Fitnah bahawa TPM diserang Stroke akan kembali ke muka mereka juga.
Mereka yang akan diserang 'stroke' sebenarnya apabila demo hujung minggu lalu gagal menghasilkan kesan apa-apa kepada politik Malaysia kecuali pergaduhan sesama mereka.
Cukuplah fitnah dan mari kita jadikan pakatan pembangkang lemah seperti mangsa Stroke yang hanya ada jasad namun tidak ada kekuatan dan terpaksa meraih simpati meminta doktor merawat dan keluarga menjaga mereka.
Doakan yang baik sahaja jika mendengar ujian Stroke ditimpa kepada kawan atau saudara bukan menokok tambah hingga menjadi fitnah di alam siber...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan