![]() AFP - Penunjuk perasaan membawa sepanduk dan membantah perintah eksekutif Trump di Lapangan Terbang Antarabangsa Logan di Boston, Massachusetts kelmarin. |
NEW YORK – Seorang hakim persekutuan kelmarin menolak sebahagian daripada sekatan kemasukan sementara imigran oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump (gambar).
Beliau turut mengarahkan pihak berkuasa supaya menghentikan tindakan menghantar balik kumpulan pelarian dan pelancong yang terperangkap di lapangan terbang di AS.
Keputusan itu dilihat seiring dengan tindakan orang ramai berkumpul di beberapa lapangan terbang utama di seluruh negara dan membantah lara–ngan Trump ke atas kumpulan imigran Islam.
"Kejayaan!!!!!!", kata Kesatuan Kebebasan Awam Amerika (ACLU) dalam satu mesej melalui Twitter selepas Hakim Daerah AS, Ann Donnelly mengumumkan keputusannya.
Sebelum ini, peguam mewa–kili ACLU mencabar keputusan kerajaan AS pimpinan Trump berhubung perintah itu.
"Mahkamah kita pada hari ini berfungsi dengan tepat sebagai tembok pelindung terhadap kekejaman kerajaan atau polisi dan dasar yang tidak mengikuti perlembagaan."
Perintah eksekutif Trump yang ditandatangani Jumaat lalu menggantung kemasukan pelarian untuk tempoh sekurang-kurangnya 120 hari dan menyekat visa ke atas pelancong dari tujuh negara yang mempunyai majoriti penduduk Islam untuk tiga bulan akan datang.
Tujuh negara itu ialah Iran, Iraq, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yemen.
Langkah itu, yang dikuat kuasa serta-merta oleh pihak berkuasa AS sekali gus mencetuskan bantahan besar-besaran di seluruh negara.
Seramai 2,000 penunjuk perasaan yang berhimpun di Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy di sini menjerit: "Bagi mereka masuk, bagi mereka masuk!"
Bantahan besar-besaran juga dilaporkan berlaku di lapangan terbang di bandar Washington, Chicago, Minneapolis, Denver, Los Angeles, San Francisco dan Dallas.
Keputusan sementara oleh Donnelly berlaku selepas sekumpulan individu ditahan di lapangan terbang ekoran perintah eksekutif Trump.
Seorang lagi hakim persekutuan di Virginia juga mengeluarkan perintah sementara selama tujuh hari bagi menghalang pihak berkuasa imigresen mengusir penduduk-penduduk tetap sah yang ditahan di Lapangan Terbang Dulles dekat sini, menurut laporan media AS. – AFP
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0130&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz4XH6QvxGu
Hakcipta terpelihara
Sent from my iPhone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan