Pengikut Blog Panglima

31 Januari 2017

Masjid Terbakar di Texas Amerika -Kosmo! Online - Dunia


AP - Seorang anggota bomba berjalan di hadapan masjid Pusat Islam Victoria yang terbakar dalam kebakaran di Texas kelmarin.




VICTORIA, Texas – Sebuah masjid yang pernah menjadi sasaran kebencian kumpulan anti-Islam di sini dilaporkan musnah dalam kebakaran awal pagi kelmarin.
Beberapa minggu lalu, masjid Pusat Islam Victoria itu telah dipecah masuk dan beberapa barangan elektronik termasuk komputer riba dicuri pihak tidak bertanggung jawab.
Seorang kerani di kedai serbaneka berhampiran melihat api marak dan kepulan asap di masjid itu kira-kira pukul 2 pagi. Dia kemudian menghubu­ngi Jabatan Bomba.
"Amat sedih apabila kita hanya mampu berdiri dan melihatnya musnah. Api ketika itu terlalu besar," kata Presiden pusat berkenaan, Shahid Hashmi.
Marsyal Jabatan Bomba Victoria, Tom Legler meminta bantuan pejabat Marsyal Jabatan Bomba Texas serta Biro Persekutuan Alkohol, Tembakau, Senjata Api dan Letupan untuk menyiasat punca kebakaran.
Shahid menyatakan, pihak berkuasa memberitahu, masih terlalu awal untuk menyatakan punca kejadian termasuk akibat perbuatan khianat.
"Kami tidak mempunyai petunjuk atau maklumat mengenai apa dan bagaimana kebakaran itu berlaku. Saya fikir pihak berkuasa memerlukan masa selama beberapa hari untuk memberi jawapan."
Sebelum itu, Shahid menyatakan pada hari kejadian, imam masjid ba­ngun awal pagi dan memeriksa keadaan masjid menerusi sistem pengawasan dalam talian. Beliau mendapati sistem penggera tidak aktif dan pintu masjid tidak berkunci.
"Beliau berasa bimbang dan memandu ke masjid itu. Sebaik sahaja tiba, pasukan bomba sedang memadamkan api," katanya.
Masjid itu dibina pada tahun 2000. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dan bomba mengambil masa selama empat jam untuk memadamkan api. – AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0130&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz4XH5cf8zR 
Hakcipta terpelihara 


Sent from my iPhone
Catat Ulasan