Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

11 Februari 2017

Blog APANAMA desak Suruhanjaya Siasatan diRaja skandal Scorpene dan pembunuhan Altantuya


Blog ini antara penyokong kuat Tun Mahathir..

Antara yang beralih arah menentang kepimpinan YAB PM apabila Tun M mula menyerang PM.

Menjelang PRU14 bukan setakat fitnah bahkan kes lama juga mahu dicungkil kembali seperti tulisan APANAMA di sini
http://www.apanama.my/2017/02/suruhanjaya-siasatan-diraja-skandal.html?m=1

Beliau cuba membawa perhatian umum demi membalas serangan hebat pasukan Najib Razak kepada Tun Mahathir terbaru dengan isu skandal BNM puluhan tahun lalu.

video dokumentari Al Al-Jazeera yang dilakon kembali juga turut disiar bersama artikel beliau.

Politik memang akan menyebabkan banyak perkara cuba didedah samada betul, separuh betul atau palsu semata-mata. 

Samada dari lawan kadangkala dari kalangan kawan seperjuangan juga yang tamak dan terburu-buru mahu mendaki puncak kuasa.

Matlamat hanya satu iaitu menarik keyakinan rakyat kepada diri / parti dan menabur keraguan kepada musuh politik yang diserang...

Selepas sekian tempoh isu juga akan dimainkan dan diulang siar kembali.

Tidak cukup dengan bersumpah beberapa kali oleh YAB PM DS Najib Tun Abd Razak di beberapa buah masjid 


Mereka masih mahu mengaitkan perkara ini dengan PM.

Perbicaraan juga telah dijalankan dan mustahil untuk mengatakan ada mahkamah lebih adil di luar negara kita..

Kita yakin rakyat tidak akan mudah percaya. 

Rakyat bukan bodoh untuk ditipu kali kedua oleh PPBM atau Tun Mahathir. 

Selepas mereka telah diperdaya oleh Pakatan PAS PKR DAP PRU sebelum ini.


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate