Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

12 Februari 2017

Penyokong Pulau Pinang cetus kekecohan selepas tewas kali keempat berturut-turut - Terkini - Utusan Online

Penyokong Pulau Pinang cetus kekecohan selepas tewas - Terkini - Utusan Online

Penyokong Pulau Pinang cetus kekecohan selepas tewas

Liga Super
BEBERAPA penyokong Pulau Pinang menyalakan suar selepas mereka tidak berpuas hati pasukan mereka tewas kepada Sarawak 0 - 1 pada saingan Liga Super 2017 di Stadium Negeri Batu Kawan di sini hari ini.-UTUSAN/Sazali Che Din

BATU KAWAN 11 Feb. - Kekalahan pasukan Pulau Pinang pada aksi Liga Super menentang Sarawak malam ini, menimbulkan kekecohan di Stadium Negeri Batu Kawan, di sini.

Kekecohan dikatakan tercetus apabila penyokong fanatik skuad Harimau Kumbang merusuh di luar stadium selepas perlawanan tamat.

Sebelum itu ketika di dalam stadium sejurus perlawanan tamat, mereka turut menjerit kerana tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan.

Liga Super

Mereka kemudian berkumpul di luar stadium selepas pasukan RELA dan anggota polis tidak membenarkan mereka berada di perkarangan stadium, sambil bertempik kerana tidak puas hati terhadap Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP).

Mereka turut membaling botol air mineral dan mercun ke arah pasukan RELA dan anggota polis yang berkawal di hadapan pintu masuk stadium.

Tindakan agresif penyokong pasukan itu menyebabkan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan mereka.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan DSP Shamsuddin Mamat yang turut berada di stadium, berkata keadaan terkawal dan kesemua mereka telah diarahkan untuk bersurai.

Beliau berkata setakat ini, tidak ada tangkapan dilakukan.

Pada aksi malam ini, Pulau Pinang tewas 0-1 kepada Sarawak, iaitu kekalahan keempat berturut-turut skuad Harimau Kumbang dalam empat aksi liga, setakat ini.-BERNAMA



Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate