Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

28 Mei 2017

Dua ditikam mati cuba pertahankan wanita Islam | Dunia | Berita Harian

Dua ditikam mati cuba pertahankan wanita Islam

OREGON: Seorang lelaki menikam mati dua penumpang tren komuter di Portland selepas mereka cuba menghalang dia mengganggu dua wanita Islam, kata polis semalam.

Polis mengenal pasti lelaki itu, yang ditahan tidak lama selepas serangan kelmarin itu, sebagai Jeremy Joseph Christian dari Portland, 35, yang memiliki rekod jenayah.

Penyelidik kanan dengan Southern Poverty Law Center, dalam blog, berkata laman Facebook Christian menunjukkan dia bersikap perkauman dan memegang kepercayaan pelampau.

Serangan dilakukan beberapa jam sebelum bermulanya Ramadan, apabila 1.6 bilion penganut Islam berpuasa.

Christian bermula dengan mengeluarkan cacian berunsurkan etnik dan agama terhadap kedua-dua wanita itu, seorang daripada mereka memakai tudung, kata Jabatan Polis Portland.

Tiga lelaki lain yang cuba menghalangnya ditikam. Ricky John Best, 53 dari Happy Valley, Oregon, maut di lokasi kejadian manakala Taliesin Myrddin Namkai Meche, 23, meninggal dunia di hospital.

Seorang lagi mangsa berada di hospital dengan kecederaan serius tetapi tidak mengancam nyawa.

Christian didakwa atas dua tuduhan membunuh dan cubaan membunuh, mengancam dan memiliki senjata. Dia diarahkan ditahan tanpa ikat jamin. - Reuters


http://www.bharian.com.my/node/287237?m=1


Sent from my iPhone

24 Mei 2017

Rasuah Tiga ahli perniagaan dihukum penjara denda | Astro Awani

Rasuah: Tiga ahli perniagaan dihukum penjara, denda

Rasuah: Tiga ahli perniagaan dihukum penjara, denda
Ketiga-tiga tertuduh mengaku bersalah melakukan perbuatan itu di hadapan Hakim Nixon Kennedy Kumbong selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan.
KUCHING: Mahkamah Khas Rasuah di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara dan denda terhadap tiga ahli perniagaan yang mengaku bersalah memberi suapan kepada pegawai Jabatan Imigresen Malaysia pada November tahun lepas.

Ketiga-tiga tertuduh mengaku bersalah melakukan perbuatan itu di hadapan Hakim Nixon Kennedy Kumbong selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan dalam bahasa Hokkien oleh jurubahasa mahkamah.

Tertuduh pertama, Lee Wei Luk,26, mengaku bersalah memberi rasuah kepada pegawai kanan Jabatan Imigresen Malaysia Shareena Mohamad Shuib supaya tidak mengambil tindakan terhadap tujuh pekerja asing yang tidak memiliki permit kerja sah di Medan Selera Seventeen, Jalan Kuching-Serian pada 5.50 petang, 15 Nov 2016. Dia dijatuhkan hukuman tujuh hari penjara dan denda RM10,000 atau penjara dua bulan sekiranya gagal membayar dendanya itu.

Tertuduh kedua, Ng Hong Lee, 39, pula dituduh merasuah pegawai jabatan sama Diana Alin dengan menawarkan suapan RM5,400 di Huong Enterprise, Jalan Tai Shin, Kuching pada 6 petang, 11 Nov 2016 sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap 18 pekerja asing yang tidak memilik permit kerja sah.

Dia dijatuhi hukuman penjara 10 hari dan denda RM27,000 atau tiga bulan penjara sekiranya gagal membayar denda.

Tertuduh ketiga, Pang Kong Joo, 38, mengaku bersalah merasuah pegawai kanan jabatan sama Morshidi Marzuki sebanyak RM2,000 supaya tidak mengambil tindakan terhadap dua pekerja asing yang tidak memiliki permit di Jalan Kuching-Serian pada 6 petang, 22 Nov lepas.

Bagi kesalahan itu, hakim menjatuhi hukuman penjara lapan hari dan denda RM10,000 atau penjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda terhadapnya.

Kesemua ahli perniagaan itu dituduh mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebih 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana nilai yang lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Katherine Nais dan Mohd Asri Abu Mansor.

-- BERNAMA



Sent from my iPhone

23 Mei 2017

NTP: Kadar jenayah turun 47 peratus @Zahid_Hamidi | Berita Harian

NTP: Kadar jenayah turun 47 peratus

FOTO hiasan.

KUALA LUMPUR: Pencapaian Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Mengurangkan Jenayah dalam tempoh enam tahun dari 2010 hingga 2016 membanggakan apabila berjaya menurunkan indeks jenayah keseluruhan sebanyak 47 peratus.

Kes jenayah menurun dari 209,817 kes pada tahun 2009 kepada 112,354 pada tahun 2016.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata walaupun pengurangan indeks jenayah pada tahun lalu hanya 2.6 peratus berbanding sembilan peratus pada tahun sebelumnya dalam tempoh itu, ia bukan petunjuk insiden jenayah semakin meningkat.

"Sebaliknya, ia memberi gambaran bahawa semakin ramai rakyat yang melaporkan kejadian jenayah dan ini membuktikan rakyat semakin cakna dan waspada dalam usaha mengurangkan jenayah.

"Secara keseluruhannya, NKRA Mengurangkan Jenayah mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) sebanyak 118 peratus, melebihi sasaran ditetapkan pada tahun 2016," katanya.

Fokus utama sasaran adalah pengurangan jenayah, pemulihan dadah, peningkatan kemahiran banduan, kepolisan komuniti dan program untuk meningkatkan persepsi orang ramai.

Berdasarkan Petunjuk Persepsi Jenayah (PCI) yang diperkenalkan pada tahun 2015, ia menunjukkan isyarat rakyat boleh berasa lebih selamat dengan keadaan keselamatan semasa.

Jumlah responden yang mengambil bahagian dalam tinjauan di sekitar Kuala Lumpur, meningkat kepada 14,393 iaitu peningkatan 3.4 kali ganda berbanding 4,200 pada tahun 2015.

Pada tahun 2015, PCI yang direkodkan ialah 80 peratus dan menurunkan kepada 61 peratus tahun lalu. 

Pengurangan itu melambangkan penurunan dalam kegusaran dan kebimbangan rakyat terhadap kemungkinan menjadi mangsa jenayah, sekali gus memberikan isyarat bahawa rakyat berasa lebih selamat.

Inisiatif pengurangan jenayah dirangka dengan mengambil kira trend jenayah yang sentiasa berubah serta perkembangan pesat demografi dan struktur sosio ekonomi Malaysia.

Salah satu cara NKRA Mengurangkan Jenayah ialah mengubah kaedah menangani jenayah melalui inisiatif Kepolisan Moden yang diterajui oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

NKRA Mengurangkan Jenayah turut berhasrat untuk memperkukuhkan keselamatan sempadan memandangkan ancaman dan kes keganasan di kawasan berkenaan semakin membimbangkan.

Ini berikutan peningkatan kes pemerdagangan manusia, penyeludupan dan pengedaran dadah serta penjualan senjata api yang dikategorikan sebagai jenayah rentas sempadan.

Justeru, pasukan keselamatan diarah untuk memfokuskan usaha pencegahan untuk mengekang jenayah pada peringkat antarabangsa dan rentas sempadan dengan matlamat bukan hanya untuk memastikan Malaysia selamat, tetapi juga melindungi keutuhan ekonomi negara.

http://www.bharian.com.my/node/285714?m=1


Sent from my iPhone

Saddiq kecam layanan PPBM terima dalam Kongres PKR | BNBBC

Saddiq Kecam Layanan PPBM Terima Dalam Kongres PKR

23 MEI: Ketua Armada PPBM melahirkan perasaan kecewa terhadap layanan diterima pimpinan parti itu dalam Kongres PKR pada Ahad lalu

"Kongres yang seharusnya mampu dijadikan medan penyatuan untuk mengikat jiwa yang terpisah bertukar menjadi medan melempias kekecewaan dan kemarahan lampau tanpa sedikitpun memikirkan soal sensitiviti semasa dalam misi bersama dalam Pakatan Harapan untuk menjadi Kerajaan Persekutuan.

"Bagaimanapun, apa yang berlaku adalah amat sedih", demikian catatan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam surat terbuka beliau kepada pimpinan Pakatan Harapan, Selasa.

Tegas beliau, tindakan pimpinan PKR yang menyerang Tun Dr Mahathir Mohamad menunjukkan mereka cuba memaksa Mahathir untuk bersetuju melantik Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahin sebagai perdana menteri pilihan pembangkang.

"Kongres itu memperlihatkan dengan jelas sokongan Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Mukhriz untuk pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas menurunkan tandatangan sokongan bagi kempen Bebas Anwar.

"Tapi semua itu seakan tidak dihiraukan apabila kepimpinan tertinggi PPBM ini seakan 'dipaksa' dan 'diperangkap' untuk menyatakan pendirian atas sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah dan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri Malaysia Ke-7," katanya dengan nada kecewa.

Tegas Syed Saddiq, belum terdapat sebarang perbincangan dalam Pakatan Harapan berkenaan individu yang bakal menjadi perdana menteri.

"Janganlah taksub sampai soal perlembagaan, undang-undang dan strategi memenangi pilihan raya dikebelakangkan kerana ketaksuban sesetengah pihak.

"Ketaksuban ini sampai ke satu tahap di mana rakan seperjuangan di 'ambush' semasa Kongres PKR," ujar beliau.

Pada masa yang sama, beliau turut mempersoalkan motif sebenar ahli PKR yang sengaja menimbulkan provokasi apabila bersorak sambil membawa sepanduk 'Anwar PM ke-7, yang disifatkan memalukan Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menjadi tetamu.

"Adakah suatu kepuasan dan kebanggaan bagi mereka di sebalik tindakan itu?

"Adakah mereka tidak mahu lagi bekerjasama dengan PPBM? Sejauh mana keikhlasan mereka menerima PPBM dalam Pakatan Harapan? soal Syed Saddiq lagi.

https://www.bnbbc.my/saddiq-kecam-layanan-ppbm-terima-dalam-kongres-pkr/


Sent from my iPhone

22 Mei 2017

Rombakan PDRM tidak dihebahkan - TPM @Zahid_Hamidi | Berita Harian

Rombakan PDRM tidak dihebahkan - TPM

DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi 

DENGKIL: Rombakan dalaman besar-besaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dilakukan kini tidak 

diumum secara terperinci bagi mengelak persepsi negatif, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ia bertujuan mengelak prasangka apabila pegawai berkenaan ditempatkan mengikut kesesuaian.

"Biarpun kita menghargai pemantauan dan penguatkuasaan agensi di luar PDRM dan Kementerian Dalam Negeri (KDN), publisiti berlebihan akan menyebabkan persepsi negatif dalam kalangan umum.

"Seperti dikatakan Timbalan Ketua Polis Negara (Tan Sri Noor Rashid Ibrahim), saya menyambut baik langkah 

yang dilakukan untuk membetulkan organisasi penguatkuasaan ini dari dalam," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program makan tengah hari dan solat Zuhur di Surau Kampung Orang Asli Bukit Dugang di sini, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, pihaknya komited melakukan rombakan dan perubahan terbaik selepas mengambil kira rungutan rakyat dan komen netizen di laman sosial mengenai PDRM.

"Beri kepercayaan kepada saya dan pimpinan utama PDRM melakukan sesuatu yang baik demi rakyat dan negara secara keseluruhan," katanya.

Sementara itu, Noor Rashid yang turut hadir pada majlis berkenaan, berkata pihaknya mahu kakitangan PDRM 

menjalankan tanggungjawab seperti diamanahkan.

"Berkaitan apa yang berlaku, kita sudah dan sedang ambil tindakan membetulkannya. Kita mahu pastikan pegawai menjalankan tugas dengan amanah.

"Apa yang dihadapi ini berlaku dalam mana-mana operasi penguatkuasaan. Kita perlu menghadapinya dan 

mengkaji sistem sedia ada.

"Banyak faktor perlu diambil kira seperti persekolahan anak dan kos perpindahan, yang ada kalanya 

menyaksikan seseorang pegawai berkhidmat terlalu lama di tempat sensitif meskipun ada dasar 

menetapkan perlu bertukar setiap tiga tahun. 

Ahmad Zahid turut mengumumkan akan bersama KDN, PDRM serta pejabatnya ke seluruh negara sepanjang Ramadan untuk berbuka puasa bersama anak buah peringkat negeri dan daerah.

http://www.bharian.com.my/node/285238?m=1


Sent from my iPhone

18 Mei 2017

Kenyataan rasmi Shell Harga RON 95 RM4.09 seliter - Paultan

RON 95 RM4.09 seliter? Ini kenyataan rasmi dari Shell

RON 95 RM4.09 seliter? Ini kenyataan rasmi dari Shell

Anda mungkin sudah terbaca tentang ada pengguna yang dikenakan bayaran RM4.09 liter bagi petrol RON 95, atau RM4.65 seliter bagi RON 97 di media sosial hari ini. Begitu cepan ia menjadi tular bukanlah satu yang yang menghairankan, kerana harga minyak memang topik yang cepat mendapat perhatian.

Harga yang dikenakan itu jauh lebih tinggi dari yang sepatutnya; RM2.08 seliter bagi RON 95 dan RM2.36 seliter bagi RON 97. Maka, ia menjadi satu hal yang mengejutkan ramai orang.

Menurut Shell Malaysia, sebanyak 160 transaksi terkesan dengan kemaskini harga yang tidak tepat ini, bermula dari 12.01am hingga 1.30am pada 18 Mei. Syarikat itu telah mengesan masalah itu sebaik ia dikenal pasti. Shell juga menggesa pengguna yang terlibat, yang mengisi minyak dalam tempoh berkenaan untuk memeriksa resit mereka, dan hadir semula ke stesen minyak yang berkaitan untuk menebus semula perbezaan harga yang mereka bayar.

Berikut merupakan kenyataan rasmi Shell Malaysia:

Kami sedia maklum berkenaan adanya masalah dengan kemaskini harga minyak kami semalam, dengan kira-kira 160 transaksi terlibat dalam rentang waktu dari 12.01am hingga 1.30am pada 18 Mei 2017. Jika anda ada mengisi minyak dalam tempoh itu di mana-mana stesen kami, sila semak semula resit anda, dan bawanya kembali ke stesen yang berkaitan di mana anda membuat pembayaran berkenaan untuk menebus perbezaan harga yang dikenakan.

Sebagai rujukan, berikut adalah senarai harga bagi bahan api dari 18-24 Mei 2017 yang sepatutnya:

Shell FuelSave 95: RM2.08 seliter
Shell V-Power 97: RM2.36 seliter
Shell V-Power Racing: RM3.06 seliter
Shell FuelSave Diesel (Euro 2M): RM1.99 seliter
Shell FuelSave Diesel (Euro 5): RM2.09 seliter

Kami mohan maaf di atas kesulitan ini, dan terima kasih di atas sokongan dan kesetiaan anda. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, hubungi talian khidmat pelanggan kami di 1300 88 1808.



Sent from my iPhone

17 Mei 2017

Blog Captain M Dedah RM16 JUTA AKAUN NGO MUFTI PERLIS TAHUN 2016 TIDAK DIISYTIHARKAN & MINTA SPRM SIASAT #Meja30K


Panglima mahu isu ini dijawab dengan segera oleh Mufti Perlis menjaga imej dan kredibiliti.

Sebarang tuduhan akan menjadi persepsi negatif jika dibiarkan.

Sila baca pendedahan blog Captain M ini.


RM16 JUTA DALAM AKAUN NGO MILIK MUFTI PERLIS TAHUN 2016 TIDAK DIISYTIHARKAN. SIAPA BERI? SPRM WAJAR SIASAT



1. Sehari dua Dr Maza yang dikenali lantang hanya berdiam diri. Membiarkan Admin facebooknya Abu Hafiz Salleh Hudin yang juga Setiausaha Agung Pertubuhan Kebajikan Al Qayyim menepisnya. Habis dikerahnya NGO membela Dr Maza seperti IPSI, PROmedia Tajdid, IKRAM dan individu-individu tertentu. Kononnya semua sukarela! Fund Rising IQ dengan jualan meja sehingga RM30 ribu nyata memakan diri. Facebook Maza penuh dengan komen serangan netizen. Apabila kena batang hidung habis semua dikerahnya.

2. Dr Maza dan pengikutnya lupa persoalan yang netizen bangkitkan. Adminnya masih menegakkan hal relevannya kutipan derma dan penjualan meja sehingga ribuan ringgit itu. Sebenarnya 7 PERSOALAN yang perlu dijawab oleh Dr Maza dan Pertubuhan Kebajikan Al Qayyim. 

i. Pertama: Pertubuhan Kebajikan Al Qayyim diasaskan oleh Dr Maza sendiri bersama Ustaz Abd Rasyid bin Idris berpengkalan di Mengkuang, Bukit Mertajam. Dalam erti sebenar Pertubuhan ini milik Dr Maza. Dr Maza aktif menggunakan pertubuhan ini ketika tidak menjawat jawatan Mufti. Malah menggunakan namanya atas berkempen mengutip derma seperti pada tahun 2013, memohon sumbangan RM150 ribu ke akaun CIMB 07130000756107 bagi melangsaikan pembayaran tanah bersebelahan Dewan Al Qayyim, Bukit Mertajam. Sehingga kini Dr Maza walaupun dilantik semula sebagai Mufti Perlis kekal aktif dalam pertubuhan ini sebagai Penasihat Pertubuhan. Bukankan jelas terdapat unsur Kepentingan Dr Maza dalam pertubuhan ini?

ii. Kedua: Kerana ada kepentingan Dr Maza dan pertubuhannya menggunakan kedudukannya sebagai Mufti untuk mengutip derma. Apa perlunya penjawat awam seperti Mufti yang memiliki NGOnya mengumpul dana awam melalui jualan meja sehingga RM30,000? Sebab apa? hanya dengan nama Mufti para penderma akan tampil ke depan membeli meja? Ini sangat bertentangan dengan peraturan penjawat awam Pekeliling perkhidmatan 3/1998 menerima dan mengutip derma.


iii. Ketiga: Bagi mengukuhkan lagi kedudukan Dr Maza dalam NGO miliknya ini maka Abu Hafiz Salleh Hudin proksi Dr Maza yang kini sebagai 'Admin' Facebook Dr MAZA.com dilantik sebagai Setiausaha Agung Pertubuhan Kebajikan Al Qayyim. Bukankah ini satu cara Dr Maza terus menggunakan NGO ini termasuk dana yang diterima dari pihak luar?

iv. Keempat: Dr Maza sebagai Mufti Perlis dan ada pengaruh terhadap Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) turut memberikan bantuan kewangan kepada Pertubuhan Kebajikan Al Qayyim. Bukti-bukti program juga wujud. Bukankah ini satu bukti penyalahgunaan kuasa sehingga memberikan dana bantuan untuk NGO yang diasaskannya sendiri? Dalam masa sama terus terlibat mengutip derma awam menggunakan kedudukannya sebagai Mufti.

Al Qayyim ke Amerika Syarikat- Dr Maza merasmikan AGM MISG. AJK berkepentingan Dr Maza dalam pertubuhan turut dilantik AJK Majlis Fatwa Negeri (Syor Dr Maza, Mufti) 

v. Kelima: Apakah benar Dr Maza dan Pertubuhannya sengaja menyebarkan penjualan meja secara berpakej berkontroversi agar publisiti meluas dapat dilakukan. Bagi mereka Dr Maza Mufti Perlis kekal ada dan jualan meja iftar tetap tidak terjejas sekalipun dikecam netizen sebagai penjual agama. Bagi mereka menggunakan nama penasihat dan pengasas asal Al Qayyim akan terus melariskan jualan meja apatah lagi diadakan di PWTC. Tetapi Pertubuhan Al Qayyim terlupa Dr Maza sebagai pengasas NGO adalah seorang Mufti di Negeri Perlis! Malah Presiden Pertubuhan Kebajikan Al Qayyim Dr Muhammad Rozaimi Ramle (Pensyarah UPSI) dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis bersama Dr Maszlee Malik (UIA- AJK IQ) di atas syor Dr Maza selaku Mufti Perlis. Apa maksudnya? 


vi.  Keenam: Memandangkan Dr Maza Mufti Perlis sebagai Pengasas dan Penasihat Pertubuhan Kebajikan Al- Qayyim dan punya kepentingan dalam urusan pendapatan dan perbelanjaan pertubuhan (sehingga meminta derma) adalah wajar Dr Maza dan Pertubuhan Kebajikan Al Qayyim mendedahkan penyata tahunan pendapatan dan perbelanjaan mereka yang telah diaudit untuk mengesahkan kebenaran siapa penderma, jumlah dana yang mereka dapat dan ke mana dana itu dibelanjakan. Menurut sumber dalaman Al Qayyim penyata ini tidak pernah dilihat serta dilaporkan sejak ia ditubuhkan. AGM pertubuhan ini juga tidak pernah diketahui. Rafizi Ramli dari INVOKE misalnya menjawab kontroversinya bab pendapatan pertubuhannya dengan pengisytiharan terbuka. Jadi NGO Al Qayyim juga tiada masalah untuk berbuat demikian.

vii. Ketujuh: Menurut sumber dalaman Pertubuhan Al Qayyim pada tahun 2016 kutipan dana derma berjumlah RM 16 juta. Ia tidak pernah diisytiharkan. Tidak diketahui siapa penderma ke mana ia dibelanjakan. Hanya pengurusan tertinggi pertubuhan sahaja mengetahuinya. Ia tidak pernah didedahkan dalam AGM mereka. Penyata tahunan juga tidak pernah dikeluarkan. Jadi amat penting Dr Maza dan Pertubuhan miliknya mendedahkan perkara sebenar. Rakyat perlu tahu. 

3. Anda boleh bayangkan cara Dr Maza mengumpul wang untuk NGOnya menggunakan jawatannya sebagai Mufti Perlis. RM16 juta dalam akaun mereka dan kini katanya jualan meja RM30ribu Iftar Perdana habis terjual. Agaknya berapakah jumlah wang NGO ini tahun sehingga pertengahan 2017? 

4. SPRM wajar menyiasat Dr Maza dan akaun Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim memandangkan terdapat kepentingan Dr Maza di dalamnya. Kita bimbang jumlah wang sebanyak itu diberi kepada tujuan-tujuan lain termasuk politik kepartian. SPRM perlu menyiasat apakah sumbangan dan kutipan derma teratur sebagaimana dalam perlembagaan pertubuhan perlu diisytiharkan dalam Penyata Tahunan dan semua kutipan mereka disahkan oleh Pendaftar Pertubuhan. Jika pertubuhan ini tidak dapat memberikan kerjasama adalah wajar disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFAPUAA ) 2001


Nota: Ada desas-desus Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim tidak berdaftar. Mungkinkah juga seperti Rafizi Ramli INVOKE didaftar atas syarikat?


Captain M
15 Mei 2017

https://captainmgs.blogspot.my/2017/05/rm16-juta-dalam-akaun-ngo-milik-mufti.html?m=1


Sent from my iPhone

16 Mei 2017

SAMBUTAN HARI GURU 2017 – UCAPAN PERASMIAN OLEH TPM @Zahid_Hamidi








BERNAMA - @Zahid_Hamidi Proposes Schools Set Up Crime-prevention Clubs



JOHOR BAHRU, May 16 (Bernama) -- Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi today proposed that all schools, from pre-school to secondary, set up crime-prevention clubs.

Ahmad Zahid, who is also the Home Minister, said these clubs could help prevent schoolchildren from straying into crime.

The parent-teacher associations of schools could help set up these clubs, he said when launching the national-level Teachers' Day celebration at the Educity Sports Complex here.

Ahmad Zahid said that besides drug abuse, schools had also reported crime associated with gangsterism and secret societies.

"All quarters must assume responsibility and rectify the situation instead of pointing fingers and finding fault. Schools should not be blamed, the school system should not be blamed, parents should not be blamed," he said.

Ahmad Zahid also said that the Home Ministry would not compromise in the matter of the arrest of 16 policemen, including senior officers, in investigations into drug syndicates.

He said he took a serious view of the matter because policemen had to maintain security, not commit crime.

Ahmad Zahid said it was feared that the irresponsible action of the policemen would cause negative elements to easily penetrate schools.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v8/ge/newsgeneral.php?id=1356332


Sent from my iPhone

15 Mei 2017

MBM wajar pelbagaikan komposisi kepimpinan - TPM @Zahid_Hamidi | Semasa | Berita Harian


MBM wajar pelbagaikan komposisi kepimpinan - TPM

TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dikerumuni para belia pada majlis Sambutan Hari Belia Negara 2017. - Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyarankan Majlis Belia Malaysia (MBM) mempelbagaikan komposisi kaum dan etnik dalam barisan kepimpinan organisasi untuk terus memayungi belia seluruh negara .

Timbalan Perdana Menteri berkata, kepelbagaian itu penting bagi memberi ruang kepada semua kaum dan etnik memimpin belia di bawah satu pertubuhan induk, sekali gus menyampaikan pandangan dan hasrat mereka.

"Saya menyarankan supaya MBM melihat kembali kepelbagaian yang ada dan mesti terdiri daripada seluruh komposisi kaum dan etnik di negara ini.

"Ia bagi membolehkan MBM menjadi sebuah pertubuhan induk yang memayungi semua belia," katanya ketika berucap Majlis Sambutan Hari Belia Negara 2017 dan Penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara 2017 di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Presiden MBM, Mua'ammar Ghadafi Jamal Jamaludin.

Ahmad Zahid juga berkata, kerajaan sedia meluluskan peruntukan RM10 juta bagi dana pentadbiran kepada MBM dan seluruh persatuan belia di bawahnya bagi menjalankan aktiviti dan program memperkasa golongan belia.

"Ini juga sebagai suntikan semangat kepada golongan belia dan kita mahu terus memartabatkan golongan ini mengikut acuan politik kita agar negara dapat terus dipertahankan," katanya.

http://www.bharian.com.my/node/282816?m=1


Sent from my iPhone

11 Mei 2017

Live Streaming Ceramah Nisfu Syaaban di Bukit Jalil #UlangtahunUmno71

https://www.facebook.com/115623478463409/videos/1911097675582638

BERNAMA - Three Turkish Detainees To Be Deported To Turkey, Not To Another Country - DPM @Zahid_Hamidi


Three Turkish Detainees To Be Deported To Turkey, Not To Another Country - DPM



PUTRAJAYA, May 11 (Bernama) -- The three Turkish nationals detained by police for suspected involvement in terrorism activities will be deported to Turkey, their country of origin, and not to another country although their families are worried about their safety.

Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, who is also Home Minister, said it was the Malaysian government's responsibility to deport them to their country of origin.

"Why should we burden another country (by sending them to that country?.

"I leave it to the police to take further action," he told reporters after attending the Home Ministry's monthly assembly, here, today.

Ahmad Zahid was commenting on the request made by Ayse Gul Karaman, 38, wife of Turgay Karaman, one of the three Turkish men detained, for her husband not be deported to their country of origin for fear of being tortured.

Last week, Inspector-General of Police Tan Sri Khalid Abu Bakar confirmed the arrest of two Turkish nationals, Turgay Karaman, 43, and Ihsan Aslan, 37, for being a threat to Malaysia's security.

Prior to their arrest, their wives claimed that the two had been kidnapped.

The third Turkish man was arrested by police in Pahang on May 4, also for being a threat to national security.

The three were detained to facilitate the investigation under Section 130 of the Penal Code.

On the status of the wives and children of the three Turkish detainees, Ahmad Zahid said this would be discussed with the Turkish embassy for them to be repatriated to their country of origin.

"Don't worry...we too have humane feelings in this matter. If their wives and children are innocent, they will not be penalised and will be repatriated," he said.

Asked whether they could choose to continue living in this country, Ahmad Zahid said: "If they are qualified to have a residence pass, for instance, or multiple entrance visa, we will allow them."

-- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v8/newsindex.php?id=1354935


Sent from my iPhone

07 Mei 2017

Saya Komited Bantu PM, Kata Ahmad @Zahid_Hamidi

Saya Komited Bantu PM, Kata Ahmad Zahid



KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata beliau akan terus komited membantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam melaksanakan usaha-usaha kerajaan untuk menolong rakyat.

Ini, kata timbalan perdana menteri, bagi memastikan segala usaha yang buat dapat diterjemahkan dengan baik untuk manfaat rakyat.

"Saya akan membantu perdana menteri untuk menentukan komitmen beliau dan komitmen kerajaan diterjemahkan dengan baik. Saya bantu perdana menteri kerana perdana menteri ikhlas dalam membantu semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

"Beliau (perdana menteri) memerlukan orang nombor duanya komited dan saya akan melakukannya," katanya pada majlis pelancaran ulang tahun ke-35 Pusat Sri Murugan di sini.

Ahmad Zahid berkata beliau juga seorang yang setia kepada Najib dan mengenali beliau sejak 1982 lagi selain pernah berkhidmat sebagai setiausaha akhbar Najib pada 1987.

"Kesetiaan saya tidak boleh dipersoalkan oleh sesiapa pun," tegas beliau.

Ahmad Zahid berkata satu daripada perkara yang dipertanggungjawab kepadanya adalah membanteras kemiskinan bandar, dan melalui Jawatankuasa Kabinet Membanteras Kemiskinan Bandar yang dipengerusikannya itu, beliau akan memastikan usaha-usaha dilaksanakan untuk mencapai tujuan tersebut.

Katanya, beliau sering berbincang dengan menteri-menteri lain termasuk Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dan Menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Bandar Tan Sri Noh Omar untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah miskin bandar, khasnya yang melibatkan perumahan, kos makanan, pengangkutan dan pendidikan.

"Saya tidak melihat kepada warna kulit dalam usaha membasmi kemiskinan bandar. Dalam kemiskinan, sama ada orang Melayu, India ataupun Cina. Kemiskinan tetap kemiskinan dan ia perlu diatasi,"katanya.

-- BERNAMA


Sent from my iPhone

Watch "Ahmad @Zahid_Hamidi lancar Skuad Bomba Pondok" on YouTube

06 Mei 2017

Sekolah pondok diminta beri kerjasama kepada bomba - @Zahid_Hamidi - Sinar Harian




BAGAN DATUK - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pengurusan sekolah pondok supaya memberi kerjasama kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sekiranya mereka datang untuk  membuat pemeriksaan di premis mereka.

Beliau berkata kehadiran anggota jabatan itu bukan untuk mencari kesalahan atau mendenda pemilik premis yang tidak mengikut peraturan ditetapkan, sebaliknya ia dilaksanakan bagi mengelak sebarang insiden tidak diingini.

"Cuba ketepikan pemikiran silo, kita mesti bertindak di luar pemikiran...kalau bomba datang bagilah kerjasama jangan tuduh mereka tidak bagi kerjasama," katanya ketika berucap melancarkan penubuhan Skuad Bomba Pondok (zon utara) di Sekolah Menengah Agama Irshafdiah Addiniah, di sini hari ini.

Skuad Bomba Pondok dirangka bersama Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia dan JPBM  yang berperanan sebagai ejen kecil menyampaikan mesej dan maklumat berhubung aspek pencegahan dan keselamatan kebakaran kepada komuniti sekolah pondok.

Menerusi kerjasama bertemakan 'Pondok Selamat Bersama Skuad Bomba Pondok' itu,  pengurus, guru dan pelajar sekolah akan diberi pengetahuan mengenai teknik menyelamat dan berkawad, penggunaan peralatan kebakaran serta latihan teori dan amali bagi menghadapi kecemasan dan atau bencana.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata kerajaan Persekutuan sentiasa berusaha membela dan memartabatkan institusi serta sekolah agama di negara ini termasuk sekolah pondok walaupun ada di antaranya terletak di bawah pentadbiran kerajaan negeri.

Katanya, kepedulian serta keprihatinan kerajaan itu terbukti apabila Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) telah membelanjakan sebanyak RM388 juta untuk sekolah Kelas al-Quran dan Fadru Ain (Kafa) setakat ini.

Malah, katanya keprihatinan itu turut diterjemahkan menerusi penubuhan Skuad Bomba Pondok yang pertama seumpamanya membabitkan sekolah pondok.

"Semuanya ada 993,000 pelajar serta 32,000 guru Kafa yang patut pembiayaan diberi oleh kerajaan negeri, tapi kerajaan Persekutuan melalui Jakim beri peruntukan itu.

"Ertinya ada kepedulian dan ia (kepedulian) terbukti menerusi penubuhan Skuad Bomba Pondok yang tidak ada di negara lain kecuali di Malaysia sahaja," katanya.

Timbalan perdana menteri turut memberi jaminan akan membawa ke perhatian Kabinet permintaan Ketua Pengarah JPBM,  Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim agar elaun-elaun tambahan diberikan kepada anggota bomba. –Bernama


http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/sekolah-pondok-diminta-beri-kerjasama-kepada-bomba-1.670677


Sent from my iPhone

05 Mei 2017

@Zahid_Hamidi janji berdiri teguh belakang Perdana Menteri - Politik - Utusan Online

Zahid Hamidi janji berdiri teguh belakang Perdana Menteri - Politik - Utusan Online

Zahid Hamidi janji berdiri teguh belakang Perdana Menteri

TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapan pada majlis penutup Seminar Antarabangsa Wasatiyyah 2017 bertemakan 'Fiqh Wala' dan Taat : Peranannya Dalam Mensejahterakan Negara' di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. - UTUSAN ONLINE/FotoBERNAMA

PUTRAJAYA 4 Mei - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan akan sentiasa berdiri teguh di belakang kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak biar pun pelbagai persepsi buruk dilemparkan kepada kepimpinannya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, sebagai orang nombor dua, beliau turut terkena tempias fitnah dan tohmahan yang dilemparkan kepada kepimpinan negara.

Namun, tegasnya, setiap tohmahan dan fitnah tersebut hanya merupakan persepsi jahat untuk memberi gambaran buruk pada pemimpin negara.

"Perdana Menteri memberitahu beliau teruk difitnah dan sebagainya, sebagai orang nombor dua saya juga terkena tempiasnya.

"Saya menegaskan di sini bahawa akan berdiri teguh di belakang beliau dan tidak akan biarkan Perdana Menteri tinggal keseorangan menghadapi mehnah ini (ujian)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis penutup Seminar Antarabangsa Wasatiyyah 2017 di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menyelar pembangkang yang membangkang dan menafikan setiap usaha dibuat kerajaan termasuk dengan memberi gambaran negatif.

"Gambaran yang diberikan seperti kerajaan yang ada tidak layak dihormati dan dihargai. Mereka sahaja yang baik dan mulia.

"Hakikatnya sebagai kerajaan yang amanah dan bertanggungjawab, kita melaksanakan segalanya atas dasar membawa kesejahteraan kepada semua," katanya. - UTUSAN ONLINE 



Sent from my iPhone

03 Mei 2017

Bernama Dapat Tangani Berita Tidak Sahih - TPM Ahmad Zahid

Bernama Dapat Tangani Berita Tidak Sahih - TPM Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melabelkan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) sebagai agensi berita rasmi negara yang cukup berwibawa pada masa kini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata Bernama, yang bakal menyambut ulang tahun ke-50 pada 22 Mei ini, berupaya menangani kemelut sumber berita tidak sahih.

Tahniah sambutan Bernama yang ke-50. Ketersohoran Bernama sebagai agensi berita rasmi nasional cukup 'credible' (wibawa) dalam kemelut sumber berita tak sahih, katanya menerusi Twitter beliau hari ini.

Bernama, sebuah badan berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta Parlimen 1967, mula beroperasi pada Mei 1968.

-- BERNAMA



Sent from my iPhone

Pas, Umno betul-betul bergabung? - Politik - Sinar Harian

Pas, Umno betul-betul bergabung? - Politik - Sinar Harian

Pas, Umno betul-betul bergabung?

Harun kanan, Amiruddin dua kiri bersama pimpinan Umno lain dalam program sukaneka hari ini.
Harun kanan, Amiruddin dua kiri bersama pimpinan Umno lain dalam program sukaneka hari ini. - Foto Sinar Harian

BALING - Belum reda isu ribut yang melanda Muktamar Pas di Alor Setar, Pas Cawangan Teluk Sanau Batu 7 hari ini tampil dengan kisah berbeza apabila bersama Umno Cawangan kaki Bukit, Umno Cawangan Batu 7 dan Umno Cawangan Teluk Sanau Dalam menganjurkan sukaneka.

Difahamkan, penganjuran sukaneka itu adalah kali pertama dalam sejarah kedua-dua parti di negara ini.

Ketua Pas Cawangan Kampung Teluk Sanau Batu 7, Amiruddin Salleh berkata, penganjuran sukaneka itu bagi mengetepikan perbezaan politik.

"Kerana politik kita abai ukhuwah dan berpecah, jika seseorang itu penyokong kuat Umno atau kuat Pas, benda betul jadi salah benda salah jadi betul.

"Kita kena perlahan-lahan asuh dan didik masyarakat, lama kelamaan mereka faham, program hari ini pun berjaya diadakan sebab penduduk sudah bijak menilai," katanya di sini, hari ini.

Terdahulu, hampir 400 penyokong kedua-dua  parti menerima sumbangan berupa beras dan makanan keperluan daripada Pejabat Parlimen Baling.

Sementara itu, Adun Kupang, Datuk Harun Abd Aziz berkata, program kali pertama diadakan dalam sejarah itu adalah signal awal kepada pemimpin agar turut serta dalam usaha satu padukan masyarakat Melayu dan Islam.

"Yang terlibat secara langsung hari ini Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan ( JKKK) Teluk Sanau  merangkap Ketua Umno Cawangan Teluk Sanau Dalam, Jkkk Batu 7 merangkap Ketua Umno Cawangan Batu 7 yang dan Ketua Cawangan Pas Kampung Teluk Sanau Batu 7.

"Dahulu mereka saling bermusuhan antara satu sama lain, tetapi hari ini walaupun berbeza pendapat tetapi boleh bekerjasama," katanya.



Sent from my iPhone

Cari Blog Ini

Translate