Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

24 Ogos 2018

9 jemaah haji Malaysia cedera kemalangan - Nahas & Bencana - Utusan Online

9 jemaah haji Malaysia cedera kemalangan - Nahas & Bencana - Utusan Online

9 jemaah haji Malaysia cedera kemalangan

MEKAH 24 Ogos - Sembilan jemaah haji Malaysia cedera apabila bas dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lagi bas pagi ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 8.40 pagi di atas Jambatan Aziziyah ketika bas itu dalam perjalanan menghantar jemaah pulang ke Maktab 81 dari Mina.

Bas yang membawa mereka dikatakan melanggar bahagian belakang sebuah lagi bas yang turut membawa jemaah Malaysia.

Ketika kejadian lalu lintas sesak dengan kenderaan yang membawa jemaah termasuk dari negara lain pulang ke Mekah dari Mina selepas selesai melakukan nafar awal.

Kemalangan itu menyebabkan bahu kanan seorang jemaah lelaki terseliuh akibat terhentak penghadang besi manakala yang lain cedera di mata, kepala dan pipi akibat terhentak pada kerusi hadapan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof ketika melawat mangsa-mangsa petang tadi meminta ahli keluarga agar tidak bimbang memandangkan kesemua mereka mengalami cedera ringan dan hanya menerima rawatan pesakit luar.

Beliau memberitahu, bas terlibat membawa 55 jemaah dengan yang cedera ialah tiga lelaki dan enam wanita.

Menurut beliau, jemaah berkenaan belum sempat menyelesaikan tawaf rukun dan saie.

Beliau memuji tindakan pantas Tabung Haji serta Muassasah Asia Tenggara yang dengan pantas menghantar sepasukan anggota perubatan serta dua bas ganti untuk membawa jemaah pulang ke maktab. - UTUSAN ONLINE



Dihantar daripada iPhone saya

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate