Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

13 Ogos 2018

Akar umbi tidak puas hati sistem e-undi PKR

Akar umbi tidak puas hati sistem e-undi PKR

Akar umbi tidak puas hati sistem e-undi PKR

12 OGOS: Suara ketidakpuasan hati akar umbi PKR mula kedengaran apabila parti itu julung kalinya mengadakan proses pengundian melalui sistem e-undi bagi memastikan kelancaran pemilihan yang melibatkan 800,000 ahli di seluruh Malaysia.

Bekas pengasas PKR, Ng Lum Yong berkata, sistem e-undi itu diragui oleh ahli parti kerana keputusan yang diterima mudah dimanipulasikan kerana tiada kertas yang boleh dibuat sebagai rujukan.

"Sistem ini merupakan cara sistem yang baru untuk buang undi, dan pertama kali diadakan sistem undi yang tidak menggunakan kertas. Saya terima banyak berita dalaman mengenai pemilihan proses ini akan senang dimanipulasikan oleh sesiapa.

"Ini juga boleh berlaku (manipulasi) kerana pemilihan PKR tidak dijalankan secara serantak malah dijalankan secara berperingkat-peringkat mengikut negeri dalam tempoh lebih dua bulan.

"Melalui komputer itu juga mereka boleh tahu, siapa (ahli) mengundi kepada siapa (calon). Jadi ini buat ahli risau," katanya kepada BNPportal.com ketika dihubungi pada Ahad.

Lum Yong yang memegang nombor kad ahli 0012 melalui sumber dalaman parti turut mempersoalkan mengenai Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution yang kemungkinan menjadi faktor kepada manipulasi keputusan pemilihan kali ini.

"Siapa yang cipta 'software' dalaman komputer ini? Setiausaha Agung berpihak kepada siapa? Ini akan menjadi masalah. Ini tuju kepada Saifuddin Nasution, dia berpihak kepada siapa kerana sistem ini amat bahaya digunakan semasa pemilihan," katanya.

Beliau turut mempersoalkan kedudukan kewangan PKR yang berbelanja hampir RM2 juta untuk mengendalikan pemilihan parti yang akan bermula bulan depan, selaras tempoh pemilihan dan pertambahan ahli secara mendadak.

"PKR telah membekalkan 800 buah komputer kepada semua bahagian di seluruh negara, jadi dari mana datangnya wang ini? Tidak mustahil mereka mempunyai sumber kewangan kukuh tanpa memerlukan potongan gaji kepada ahli PKR yang menjadi ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)." katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai pertembungan di antara Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mempertahankan jawatan itu dalam saingan satu lawan satu dengan Naib Presiden, Rafizi Ramli, beliau berkata terdapat mainan politik wang dalam meraih undi.

"Wujud dua kem di dalam PKR iaitu kem Rafizi dan Azmin. Saya dapat berita kedua-dua kem ini telah menggunakan politik wang yang begitu canggih seperti mengadakan pilihan raya umum, sedangkan ia hanya merebut jawatan timbalan presiden.

"Jika benar itu berlaku, saya nampak persaingan tidak begitu sihat di dalam PKR dan pasti apa juga keputusan yang keluar nanti akan menjadi peristiwa malang buat parti itu," katanya. Oleh MAHIRAH ZAKARIA



Dihantar daripada iPhone saya

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate